Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul July 14, 2020 @ 9:00am

KKM Sahkan Terdapat Satu Kluster Baharu Dikesan Di Melaka

Info terkini.

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan sebuah kluster baharu telah dikesan di Melaka. Kluster ini telah dikenalpasti apabila terdapat kes ketiga yang dikesan positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat kepada kes kedua bagi kluster ini.

Perkara ini dijelaskan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh KKM melalui laman Facebook rasminya pada hari ini.

Kes pertama kluster ini merupakan seorang warganegara Malaysia (iaitu kes ke-8673) yang telah pulang ke Malaysia dari negara Rusia pada 5 Julai 2020. Keputusan saringan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa didapati positif dan beliau kemudiannya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Kes kedua kluster ini iaitu kes ke-8718 merupakan rakan kepada kes ke 8673. Mereka telah menaiki pesawat yang sama, juga pada 5 Julai 2020.

Keputusan saringan Covid-19 bagi kes ke-8718 di Pintu Masuk Antarabangsa didapati negatif, namun beliau mula mengalami gejala demam dan gejala saluran pernafasan pada 7 Julai 2020.

Saringan ulangan didapati positif Covid-19. Sehingga 13 Julai 2020, terdapat tiga (3) kes positif dan 14 orang kontak rapat telah dikenalpasti dalam kluster ini. Semua 14 orang kontak rapat telah disaring dan dikesan negatif COVID-19.

Siasatan dan akitiviti pengesanan kontak rapat secara aktif adalah diteruskan.

Seperti yang maklumkan di atas, terdapat penularan jangkitan Covid-19 kepada seorang ahli keluarga daripada kes yang mendapat jangkitan dari luar negara (iaitu kes ke-8718).

Ketibaan beliau di Malaysia pada 6 Julai 2020 telah disambut oleh ahli keluarga beliau. Seramai empat (4) orang ahli keluarga telah datang bersama-sama dengan menaiki kereta sendiri untuk menjemput beliau di pintu masuk antarabangsa.

Hasil siasatan mendapati bapa kepada kes tersebut (iaitu kes ke8724) turut dikesan positif Covid-19 selepas beliau mula mengalami gejala demam. Ini menjadikan beliau kes ketiga Kluster PUI Novgorod.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Kredit foto: Berita Harian

KKM ingin memaklumkan sebuah kluster baharu telah dikesan di Melaka. Kluster ini telah dikenalpasti apabila terdapat kes…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, 13 July 2020

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Jun 2020

PKPP: Pelancongan Domestik Dibenarkan!

Boleh melancong dalam negeri!

Featured Tue, 12 Jul 2022

“Saya Masih Hormat Abang, Tapi Kenapa Perlu Kaitkan Isu..” – Pendapat Bercanggah, Shahrol Shiro ‘Tempelak’ Afdlin Shauki?

Alamak, ni apa kes pulak? Shahrol marah Afdlin kaitkan isu apa ni gais? Aduhai, apapun, kita bincang baik-baik ya

Featured Thu, 6 Oct 2022

Pelbagai Program Baharu Bakal Dilancarkan, Molek FM Lebar Sayap Ke Kuantan!

Molek FM ada di Kuantan doh! Gu Pantai Timur! Boleh dengar menerusi frekuensi 100.4 FM 🤩🤩

Featured Tue, 29 Nov 2022
Trending Wed, 27 Jun 2018

Sharnaaz Ahmad Perli Abang Terlajak Laris

Adakah Sharnaaz Ahmad mengeluarkan kenyataan tersebut dengan niat mahu memerli tindakan Abang terlajak laris?

Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Masih ‘Struggle’ Dapatkan Kewarganegaraan, Josiah Hogan Tak Akan Guna ‘Pintu Belakang’

Josiah Hogan tak akan guna pintu belakang percepatkan dapat IC biru

Filem Tue, 21 Apr 2026

Makin Laku! Terus Jadi Pilihan, Amir Nafis Kembali Bawa Watak Antagonis Dalam Filem Konspirasi

Amir Nafis bakal tampil dengan filem Konspirasi yang dijadualkan menemui penonton bermula 21 Mei 2026.

error: Content is protected !!