Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 5, 2025 @ 3:11pm

Content 30 Hari 30 Sunah Imran Aqil Dipuji, Netizen Komen: “Best! Influencer Patut Contohi Content Macam Ni”

Pelakon Imran Aqil menerima pujian selepas tampil dengan kandungan video terbaharunya sempena Ramadan yang dipanggil 30 Hari 30 Sunah.

Kata Imran, walaupun dia bukanlah seorang ustaz, namun dia telah melakukan beberapa penyelidikan terhadap perkongsian sunah yang akan disampaikan kepada umum sepanjang sambutan Ramadan pada kali ini.

“Assalamualaikum, untuk kali ni saya nak sesuatu yang berbeza. Kita nak buat satu content di mana kita berpuasa selama 30 hari dan 30 sunah saya akan cerita kan kepada anda semua.

“Disclaimer, saya bukanlah seorang ustaz, tapi saya adalah belajar sikit-sikit dan buat research.

“Kalau ada salah dan silap mohon tunjukkan dan tolong betulkan okay. Kerana ini sesuai dengan salah satu hadis riwayat Al-Bukhari iaitu ‘Sampaikanlah kepada ku walaupun satu ayat’,” katanya.

@imjeebster #30Hari30Sunnah Hari pertama Jangan tinggalkan sahur, dan sunnahnya… lewatkanlah! ⏳✨ Dalam sahur ada keberkatan, dan melewatkannya lebih dekat dengan amalan Nabi ﷺ. Jom amal sunnah! ❤️ @AQmerchmy ♬ original sound – iJeebster

Meskipun sudah masuk hari keempat umat Islam berpuasa, sambutan untuk 30 Hari 30 Sunah ini juga dilihat sangat memberangsangkan apatah lagi banyak ilmu baharu yang boleh diperolehi.

Ini termasuklah, sunah melewatkan sahur, makan menggunakan tiga jari dan tidak meniup makanan dan minuman.

@imjeebster #30Hari30Sunnah ♬ original sound – iJeebster

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji konsep yang dipilih Imran dek kerana tidak ramai yang memandang kandungan video sedemikian dapat memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat meskipun disampaikan dalam waktu yang singkat.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Ijab & Kabul Mon, 23 Oct 2023
Hiburan Mon, 22 Jul 2024
Featured Sat, 10 Dec 2022

Imran Bard Selar Peniaga Makanan Obses Ikut Trend – “Semua Benda Nak Letak Cheese”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 21, menerima pujian netizen setelah menyelar tindakan peniaga kerana obses menjenamakan produk jualan mengikut trend terkini. @kucengnanges dia bukan viral eh, dia TULAR […]

Hiburan Sat, 18 Jan 2025

Macam Kembar! Bakal Jalin Kolaborasi, Mimi Ernida & Reen Rahim Dah Lali Peminat Salah Tegur

Mimi Ernida dan Reen Rahim lali apabila sering disangka kembar atau adik beradik.

Hiburan Wed, 23 Nov 2022

“Lupa Nak Turn!” – Gelagat Neelofa & Nurin Afiqah Ikut Trend TikTok Buat Netizen Terhibur

Pempengaruh Nurin Afiqah sedang mengikuti trip bersama dengan Neelofa untuk sebuah jenama yang diusahakan oleh selebriti itu. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Nurin di laman TikTok sehingga berjaya meraih perhatian. Menerusi […]

Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Izreen Azminda Kahwini Suami Orang Peminat Bengang

Izreen yang dikatakan bakal membuat pengumuman khas mengenai status perkahwinannya dengan Uda merupakan suami orang

error: Content is protected !!