Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 29, 2025 @ 5:23pm

Bertemakan ‘Paint The Town Red’, AirAsia Hausboom Festival 2025 Bawa 33 Artis Gegarkan MAEPS Serdang Oktober Ini!

Hausboom kembali dengan kejutan lebih besar tahun ini apabila mengumumkan penganjuran AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink, festival muzik dan gaya hidup tahunan yang bakal ‘meletup’ di MAEPS Serdang pada 11 dan 12 Oktober ini.

Mengangkat tema “Paint The Town Red”, edisi kali ini hadir dengan konsep baharu yang lebih segar dan penuh warna, menjanjikan pengalaman ‘all-in-one’ buat kaki muzik, food hunter dan penggemar gaya hidup.

Menariknya, kolaborasi bersama AirAsia sebagai rakan utama menjadikan festival ini lebih daripada sekadar persembahan muzik. Tahun ini, pengunjung bakal menikmati gabungan hiburan, aktiviti interaktif dan kejutan eksklusif.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi, festival ini juga membawakan satu tarikan baru melalui kerjasama dengan KL Foodie, saluran makanan popular di TikTok dan Instagram.

“Untuk pertama kali, kami bekerjasama dengan Pin Yang, pemilik KL Foodie, untuk melancarkan Hausboom KL Foodie Fest. Lebih 100 vendor makanan unik akan berkumpul dari street food viral, menu fusion hingga sajian rare.

Masuk adalah percuma dan terbuka kepada semua peringkat umur, dari 10 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya.

Barisan artis pula memang padu habis! Antara yang bakal menggegarkan pentas termasuk Dato’ M. Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Ella, Slam, Def Gab-C, Noh Salleh & Restoe Iboe, Bunkface, K-Clique, 6ixth Sense, Spider, Salammusik dan Gerhana Skacinta.

Bukan itu saja, nama-nama trending seperti Samsons, Dolla, Insomniacks, Kunto Aji, Bernadya, Feby Putri, Nadhif Basalamah, Ghea Indrawari dan ramai lagi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 17 Feb 2025
Hiburan Thu, 22 Feb 2018

FAZURA RAHSIA LOKASI RESEPSI KHAS 11 MAC

Pada hari yang boleh dilabelkan sebagai  wedding of the year bagi permulaan tahun 2018 ini, mereka berdua dikatakan tidak mahu menerima sebarang tajaan.

Featured Wed, 7 Apr 2021

Adakan Konsert, Akim Ahmad Jadi Vokalis Kumpulan Search?

Kumpulan rock legenda, Search, bakal mengadakan konsert Rockology Malaysian Tour 2021 yang bakal berlangsung pada 10 April ini, jam 9 malam di Waronk Avenue, Melaka. Menariknya, persembahan itu menampilkan kolaborasi Search yang diwakili oleh Din […]

Hiburan Sun, 9 Dec 2018
Trending Thu, 13 Aug 2020
Trending Mon, 12 Apr 2021

“Sesuatu Yang Saya Tunggu-Tunggu” – Neelofa Teruja Sambut Kedatangan Ramadan Bersama Suami

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa, 32, mengakui teruja menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan suaminya, pendakwah selebriti Haris Ismail atau PU Riz, 26. Ini merupakan Ramadan pertama pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor yang diraikan bersama […]

Hiburan Sun, 8 Jul 2018

Patutlah Cantik…Tya Arifin Kongsi Rahsianya!

Saya tidak malu untuk menjual jamu kerana percayakan pelbagai khasiat semula jadinya untuk wanita. Saya sendiri mengamalkan pengambilan jamu sejak dulu. Wow, patutlah Tya kekal cun walaupun dah beranak satu!

FESYEN Fri, 11 Oct 2019
error: Content is protected !!