Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 12, 2023 @ 1:31pm

Anugerah Batal Saat Akhir, Anak Arwah Aziz Desa Terkilan… Siap Tempah Baju Ribuan Ringgit!

Anak kepada ikon penyiaran yang popular sekitar tahun 1990 an, Allahyarham Aziz Desa iaitu Zhiddin Aziz terkilan dan sebak apabila anugerah yang bakal diterimanya terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Menerusi perkongsian video yang tular di TikTok, Zhiddin yang tampil dengan busana tradisional Melayu lengkap bersamping dan bertengkolok berharga ribuan ringgit menganggap tindakan tersebut sebagai mencalarkan maruah dirinya.

Menurut Zhiddin,  dia telah menerima jemputan  dari pihak Kementerian Belia Dan Sukan sempena Anugerah Perdana Belia Negara (APBN 2023) namun anugerah yang sepatutnya menjadi miliknya itu telah dibatalkan kurang dari 24 jam.

Antara anugerah tersebut ialah, Ikon Belia Influencer (Media Sosial)  dan Ikon Belia Sanjungan Budi.

“Saya dah lalui macam-macam peringkat dari saringan sehinggalah ke akhir, tempahan busana juga mencecah sehingga ribaun ringgit.

“Saya minta ibu doakan untuk kemenangan dan alhamdulillah doa ibu termakbul kerana difahamkan saya adalah pemenangnya tapi kemenangan saya dinafikan,” katanya.

 

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi lebih satu minit itu telahpun meraih lebih 1 juta tontonan.

Meskipun reda dengan penarikan anugerah tersebut, namun Zhiddin berharap agar pihak kementerian dapat memebrikan penjelasan mengenai insiden yang berlaku.

Bagaimanapun, menurut Sekretariat APBN, Jawatankuasa Pengesahan Pemenang APBN sebulat suara memutuskan tiada pemenang bagi dua kategori yang dipertandingkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Dec 2017

Haa.. Dah Alang Alang Baik Telanjang

Haa.. Dah Alang Alang Baik Telanjang Kecam Netizen di Instagram-nya

Featured Thu, 23 Apr 2020

Pesakit kencing manis boleh atur pengambilan ubat sepanjang Ramadan

Minta nasihat doktor agar penyakit dapat dikawal

Trending Mon, 21 Jun 2021

Kelulusan Automatik Moratorium Bagi Peniaga Tidak Boleh Beroperasi Sepanjang PKP 3.0

Kelulusan automatik moratorium buat mereka yang layak

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Featured Tue, 6 Sep 2022
Featured Tue, 23 Nov 2021

Makin Sado! Netizen Kagum Dengan Perubahan Badan Anak Norman Hakim & Abby Abadi

Putera sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim telah menarik perhatian orang ramai dengan perubahan fizikal badannya. Baru-baru ini, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon telah memuat naik perkongsian di […]

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Featured Tue, 31 Jan 2023
error: Content is protected !!