Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 19, 2023 @ 6:07pm

Disoal Pergi Konsert Coldplay Ke Tidak, Respons Spontan The Melvin Sisters Buat Ramai Pecah Perut!

Gelagat adik beradik The Melvins sering mencuri tumpuan dalam kalangan warganet dengan lagak spontan mereka yang sentiasa menghiburkan hati.

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok di mana Syatilla dan Syifa memberikan jawapan spontan kepada peminat yang ingin tahu sama ada mereka akan pergi ke konsert Coldplay atau tidak.

Dalam perkongsian tersebut, Syifa secara spontan menyatakan mereka tidak pergi ke konsert tersebut tapi akan memanggil kumpulan antarabangsa itu ke rumahnya.

“Pergi Coldplay tak? Tak, Coldplay mai rumah. Kami rasa kami akan buat nasi minyak ja nanti,” kata Syifa.

Terhibur dengan respons spontan adiknya, Syatilla turut menyatakan mereka akan memasang khemah dan memanggil jiran mereka untuk menyaksikan persembahan kumpulan itu.

“Coldplay mai rumah tapi tolong sat cari khemah tak jumpa lagi. Cari sat hampa khemah kat kami. Kami dapat tiga khemah pun takpa nak panggil orang taman je,” tambah Syatilla.

Tidak cukup dengan itu, kakak sulung mereka, Datin Syafiqah Melvin turut memberikan kenyataan spontan ketika membincangkan tentang makanan yang ingin dijamu kepada kumpulan itu nanti.

” Jelatah ada dak, dalam jelatah tu nanti bubuh kerisik,” katanya.

@mamanaktiga Depa kalau sembang ,gajah pn bole terebang!! 🤣🤣Siap nk jamu nasik minyak ayaq asam.. @SyatillaMelvin @Kekasih Kaklong @Syifa Melvin @Syida Melvin #fypシ #syatillamelvin #syidamelvin #syifamelvin #adikberadikthemelvin ♬ original sound – Hanahuss

Terhibur dengan gelagat mereka, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai respons menerusi ruangan komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Sep 2022

[VIDEO] Ustazah Asma’ Beri Tips ‘Dating’ Halal – “Ajak Ibu Ayah Atau…”

Agak agak kita boleh try tak tips dating secara halal ni? 🥶🥶

Hiburan Mon, 20 Jan 2025

Pelakon Remaja Lelaki Dakwa Jadi Mangsa S*ks Oral Jurusolek

Pelakon lelaki remaja dakwa jadi mangsa seks oral jurusolek

Hiburan Sun, 18 Mar 2018

Pelakon Elvina Mohamad Sah Bergelar Isteri Datuk Haniff Borhan

Akhirnya, perkenalan selama dua tahun akhirnya dimeterai dengan ikatan perkahwinan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Alhamdulillah…

Featured Thu, 26 Sep 2024
Hiburan Fri, 28 Apr 2023
Featured Sat, 16 Apr 2022
Featured Mon, 2 Mar 2026

“Demi Allah! Saya Tidak Pekik” – Betty Rahmad Perjelas Situasi, Label Kenyataan Individu Berbaur Fitnah 

Menurut Betty, kejadian yang disalah tafsir itu berlaku ketika dia berada di sebuah booth bersama dua rakannya untuk membeli-belah.

Events Mon, 12 Aug 2024

Shah Firdaus Sebak Gagal Bawa Pulang Pingat – “Saya Dah Janji Nak Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah”

Allahu, moga ada hikmah disetiap apa yang berlaku. Come back stronger Shah!🔥💪

error: Content is protected !!