Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 2, 2026 @ 3:47pm

“Demi Allah! Saya Tidak Pekik” – Betty Rahmad Perjelas Situasi, Label Kenyataan Individu Berbaur Fitnah 

Susulan kes dakwaan mengatakan dirinya bersikap kurang ajar, Betty Rahmad akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar mengenai isu yang berlaku.

Menurut Betty, kejadian yang disalah tafsir itu berlaku ketika dia berada di sebuah booth bersama dua rakannya untuk membeli-belah.

“Saya nak explain dulu benda yang jadi sepanjang saya berada di Celeb Fest. Masa tu saya bertiga dengan kawan saya. Kawan saya nak berjalan nak shopping dan singgah dibeberapa vendor,” katanya.

Mengulas dakwaan terdapat ramai saksi yang melihat kejadian tersebut, Betty berkata, itu hanyalah sekadar perbualan biasa antara dia dan dua rakannya.

Malah, dia juga menepis dakwaan kononnya dia memekik di khalayak ramai apatah lagi di bulan Ramadan.

“Sebelum ini ada yang kata ramai saksi, kenyataan sebelum ini adalah conversation saya dengan kawan saya. Lagipun, kawan saya (Nabila)  muka dia berlagak sikit dan minta saya untuk tanyakan barang yang hendak dibeli. Tetapi demi Allah, saya tidak pekik. Ramadan.  Kalau saya pekik vendor lain dan kawan saya (Faya) akan tengok.

“Siapa saya untuk memekik ‘I Want This’. Untuk apa saya pergi pekik. Saya tak faham,” jelasnya.

Enggan isu tersebut terus menjadi ‘buah mulut’ orang ramai, Betty tampil  memohon maaf dan menjelaskan dia tidak berniat untuk memarahi jurujual terbabit.

“Untuk jurujual saya betul-betul minta maaf, saya tak ada niat nak marah awak, memang tak ada niat langsung. I was refer to my friend untuk ajar dia macam mana, untuk minta something bila nak beli sesuatu. Faham tak?  Saya rasa dalam ni ada kawan yang introvert tak tahu nak bercakap macam ni.

“Tapi demi Allah, bulan Ramadan, saya tidak pekik, saya tidak jerit dekat jurujual tersebut. So, kalau saya buat anda terguris hati saya betul-betul minta maaf, dekat jurujual tersebut yang jaga tu.

“Lepastu untuk owner of the video, awak cakap nak saya settle benda ni kan? Macam mana saya nak settle from that kind of video. Benda ni jadi, around 3-4 petang. Booth sampai pukul 10 malam saya da disana sampai 8 malam lepastu saya terus pergi ke airport.

“Kalau betul awak nak selesaikan hal ni, anda boleh sahaja datang ke booth saya tegur dan saya semestinya akan pergi minta maaf sebab saya memang tak tahu dan saya tak nak ada salah sangka. Saya tak nak orang sakit hati,” ujarnya.

Bagaimanapun, Betty meluahkan rasa kesal terutamanya apabila orang ramai mula menyentuh perkara sensitif termasuk agama dan hijabnya.

“Tapi from your video, kenapa perlu awak nak cakap benda-benda kasar macam tu, kalau betul lah nak settle dengan cara yang baik. Saya pun tak nak panjangkan hal ini.

“Saya buat ni disebabkan video-video yang tidak telus. Sampaikan tudung, usrah, dan sebagainya dikaitkan. Hanya disebabkan isu ‘I Want This’. Untuk makluman, saya tak akan ulas, komen, atau apa sahaja keraan banyak lagi perkara yang nak fikirkan.

“Saya tahu saya banyak kekurangan, tapi jangan kaitkan dengan agama. Dan lagi pasal kakak saya (kenyataan di kapsyen owner) itu saya sama sekali tidak tahu,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 15 Jan 2021
Featured Sat, 27 Dec 2025

“Ayah Just Miss You So Much Anak” – Kamal Adli

Kamal sempat berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan dirinya dan anak perempuannya, Hawra Uqaira.

Trending Thu, 22 Mar 2018

「爱睡症患者」肯定都这样!

插画艺术家LiNGViSTOV是一个来自俄罗斯的团队所组成,他们当初透过Skype学英文而认识,因为热爱卡通、插画因而开始创作。「爱睡症患者」才懂的嗜睡插画就此诞生!

Trending Tue, 29 Sep 2020

Dua Lagi Pelajar Disahkan Positif Covid-19

Langkah keselamatan perlu ditingkatkan

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Asyik Tertukar Aliff, Isteri Alif Satar Pula Kritik Netizen?

Yassss! benda lama bila dah tegur takkan nak buat lagi kot

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

‘Itu Hanya Lakonan, Saya Masih Gagah’- Fikry Ibrahim Jawab Soalan Warganet

Takkan lah berlakon watak lembut bermakna dia tu betul-betul lembut…ye tak?

Trending Wed, 7 Nov 2018

Tukul Gergasi 453 kg Tepi Jalan Boleh Hilang, Biar Betul?

Arca tukul gergasi seberat 453 kilogram didapati hilang tetapi tiada kesan diambil .. masalahnya siapa yang mengambilnya

Featured Wed, 2 Jul 2025
Hiburan Wed, 9 May 2018

Raih 90 Undi, Diva AA Tak Lupa Janji!

Siapa pun yang memimpin negara, ‘biaq pi’… yang penting kita semua sudah melalui peristiwa warna-warni sepanjang PRU-14.

error: Content is protected !!