Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana April 28, 2023 @ 11:51am

Abangsapau Tampil Dengan ‘Cahaya” Sempena Hari Raya

Penyanyi rap singapura Abangsapau melancarkan lagu terbarunya ’Cahaya’ yang merupakan karya tulisan sulungnya pada tahun 2023 selepas muncul dengan ‘ice lemon tea freestyle’ Februari lalu.

‘Cahaya’ kali ini ia berpaksikan perayaan Aidilfitri, waktu suci yang mengingatkan umat Islam bahawa pengorbanan, cabaran serta keimanan melengkapi kehidupan yang sempurna.

‘Cahaya’ melencong dari apa yang sering Abangsapau paparkan dalam muziknya yang sarat dengan dentuman dram trap dan sebagainya. Ia turut menampilkan bintang hip-hop ini beraksi dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.

Ia diterbitkan oleh rakan baiknya Prodbydan, bersama sumbangan ahli muzik iaitu Akid Amir, Lucas Tee dan Rube Lee.

Abangsapau bawakan juga iringan gitar akustik yang mendendangkan singkatnya kehidupan sambil merenung bahawa ibubapanya tidak akan selamanya berada di sisi.

Ayahnya yang sering beliau abadikan dalam karya berjudul ‘Boyhood’ pada tahun 2022 telah meninggal dunia bersama beberapa ayah saudara serta datuk dan neneknya manakala ibunya semakin tua. Kemudaannya semakin menghilang. ‘Cahaya’ mungkin meraikan Aidilfitri, namun ia tetap sayu tanpa ragu.

Untuk mengingati kematian dan kehilangan. Ulasnya: “Pengajaran dan pengalaman dalam memperbaiki kesilapan melalui kesedihan dan kemurungan beberapa tahun lalu telah memberi perspektif baru dalam hidupnya.

‘Cahaya’ memberikan ketenangan buat mereka yang pernah melalui kehilangan serupa. Video muzik lagu ini adalah arahan Shahrin Bahar dan juga akan berada di YouTube pada jam 9 malam ini.

Abangsapau tidak sabar untuk melalui tahun baru ini dengan daya kreativiti yang lebih segar. Beliau yakin 2023 akan menjadi tahun dengan lebih banyak karya baharu daripada Abangsapau berbanding dua tahun sebelumnya, malah dia mahu menggalakkan para pendengar untuk bermimpi lebih jauh dari apa yang pernah mereka bayangkan buat diri masing-masing.

Karya terbaharu dari Abangsapau ini adalah kolaborasi antara Def Jam Recordings Singapore dan Malaysia.

‘Cahaya’ kini boleh didengarkan di semua platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music. Klip video ‘Cahaya’ boleh ditonton di saluran YouTube Abangsapau jam 9 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Sharnaaz Tolak Cerai, Air Mata Nabila Jatuh Di Mahkamah

Pelakon Cinta Bukan Kristal ini mahu mengikut prosedur mahkamah yang ditetapkan.

Hiburan Fri, 23 Feb 2018

HIGHLIGHT MEMBERS TO GO MIA ON 10TH ANNIVERSARY?!

Highlight member Kikwang spills details on the group’s thoughts of enlistment and how to persuade their youngest member, Son Dong Woon, to enlist together.

Hiburan Wed, 17 Sep 2025
Featured Mon, 19 Apr 2021

Mas Idayu & Ziana Zain Bermadu?

Penyanyi, Mas Idayu mengakui lakonannya kali pertama dalam Drama Kampung Kolestrol bergandingan bersama Ziana Zain merupakan satu pengalaman yang mengujakan. “Sebenarnya ini kali pertama mummy berlakon seumur hidup. Dalam drama ini, watak saya sebagai ketua […]

Hiburan Thu, 30 Oct 2025

Ganjaran Hebat Menanti Pelanggan Menerusi Tonton Rewards!

Jangan lepaskan peluang menikmati ganjaran berganda setiap bulan!

Hiburan Mon, 17 Mar 2025
Trending Sun, 24 Nov 2019
Featured Fri, 27 Jan 2023
Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Dituduh Ambil Duit Peminat…Erma Fatima Akhirnya Bersuara

Masya-Allah sejauh itu pandangan anda kepada saya.

error: Content is protected !!