Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 16, 2021 @ 12:30pm

Jangan Ketinggalan! Anugerah Juara Lagu 35 LIVE 14 Mac Ini

Kalau sebelum ini, Anugerah Juara Lagu Ke-35 yang dijadualkan bersiaran pada 7 Februari 2021 terpaksa ditangguh akibat mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kali ini anugerah yang cukup berprestij itu akan menemui peminatnya bermula 14 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh memaklumkan pihaknya sudah bersedia menganjurkan AJL35 dalam pendekatan norma baharu.

“Penularan pandemik Covid- 19 membuatkan kami lebih menitikberatkan soal keselamatan kakitangan, artis dan mereka yang terbabit menjayakan produksi ini.

“Kami memanfaatkan kebenaran dan kelonggaran diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuatkuasa sejak 8 Januari lalu.

Justeru itu, perancangan teliti telah dilakukan oleh pihak Media Prima Berhad bersama-sama Primeworks Studios dalam memastikan acara ini berjalan dengan lancar walaupun tanpa kehadiran penonton.

Bagaimanapun, katanya, tarikh berkenaan bukanlah muktamad kerana pihaknya perlu akur dengan sebarang ketetapan yang bakal diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa berkaitan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

ARTIKEL BERKAITAN : Anugerah Juara Lagu 35 Ditangguh

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 May 2025

Trend Kedai Kopi… Pahitnya Realiti Bak Secawan Kopi

Ramai yang terjun ke dalam perniagaan tanpa sebarang asas ilmu .

Trending Tue, 16 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Kisah Pemandu Grab Kurang Upaya Jadi Inspirasi

Ingat, jangan sesekali memandang rendah diatas kesusahan orang lain kerana, kita tidak tahu apakah ujian yang bakal kita hadapi kelak

Featured Tue, 22 Nov 2022
Hiburan Thu, 29 May 2025
Trending Fri, 27 Jul 2018

Fazley Yaakob Dan Isteri Bersanding Semula November Ini

Fazley mahu melakukan majlis itu secara sederhana dengan menjemput rakan-rakan yang tidak dapat hadir pada majlis perkahwinannya 12 tahun lalu.

Trending Thu, 16 Aug 2018

Tweet “Matinya Seorang Yang Suka Fitnah,”

Tweet “Matinya Seorang Yang Suka Fitnah,” Kepada Mendiang Eddie, Pemimpin Muda UMNO Mohon Maaf

Featured Tue, 8 Jul 2025

Uyaina Arshad Tegur Tindakan Netizen ‘Kaki Buli’ – “Behaviour Ni Accepted Ke Di Tahun 2025?”

Uyaina bagiamanapun menegaskan, netizen mempunyai hak masing-maisng.

error: Content is protected !!