Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom July 27, 2018 @ 5:11pm

Fazley Yaakob Dan Isteri Bersanding Semula November Ini

Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob merancang untuk mengadakan majlis persandingan bersama isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz  pada November depan.

Fazley berkata, dia mahu melakukan majlis tersebut secara sederhana dengan menjemput rakan-rakan yang tidak dapat hadir pada majlis perkahwinannya 12 tahun lalu.

“InsyaAllah perancangannya bulan November depan kerana kami bernikah pada 7 November, mungkin dalam minggu itu. Persiapan sudah dirancang atas kertas cuma belum secara fizikal.

“Tapi ia bergantung juga kepada jadual saya dan isteri serta selesaikan urusan anak-anak dulu,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran restoran Mamanda Kuala Lumpur yang bertempat di Tournament Players Club (TPC) Kuala Lumpur.

Fazley dan Azrene berkahwin pada 2007 dan perkahwinan itu penuh kontroversi apabila ibu Azreen iaitu Datin Seri Rosmah Mansor tidak merestuinya.

Foto: loveperak

Azrena adalah anak Rosmah, hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.

Fazley berkata, dia mahu melaksanakan majlis tersebut secara sederhana bagi meraikan ahli keluarga, rakan-rakan dan rakan media yang tidak dapat hadir pada majlis perkahwinan lalu.

Katanya, hasrat tersebut merupakan janji yang pernah dibuat kepada arwah bapanya.

“Dulu saya jemput 100 orang media ke majlis itu tapi lapan orang sahaja yang datang, malah ada yang datang itu diberhentikan kerja.

“Ada rakan media yang hubungi saya minta maaf tak dapat datang dan ketika itu mereka minta saya buat lagi majlis jika ada rezeki untuk mereka datang.

“Selain itu, ia juga pesanan arwah ayah saya sebelum dia meninggal,” katanya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Mon, 15 Aug 2022

Majlis Gender Reveal Mona Allen Dipersoal Ikut Budaya Barat?

Majlis gender reveal Mona Allen dan Pekin Ibrahim didakwa ikut budaya barat.

Trending Tue, 30 Jun 2020
Trending Thu, 23 Mar 2023

Kurangkan Berlakon Pada Bulan Ramadan, Nadhir Nasar Mahu Fokus Ibadah – Kerja Tu Bila-Bila Boleh Buat”

Pelakon dan model, Nadhir Nasar mengaku sepanjang bulan Ramadan ini, dia akan memperlahankan karier lakonannya demi memberi fokus terhadap ibadah yang harus dilakukannya sebagai seorang muslim. Menurut pemilik nama sebenar Ahmad Nadhir Ahmad Nasar berkata, […]

Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Trending Thu, 23 Aug 2018

Grisly End to Superbiker After Being Dragged by Car for 2km on Highway

The freak accident is definitely not a nice way to go.

error: Content is protected !!