Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Maya Basir August 15, 2022 @ 3:35pm

Majlis Gender Reveal Mona Allen Dipersoal Ikut Budaya Barat?

Pasangan pelakon, Pekin Ibrahim dan Mona Allen mengumumkan berita bakal menimang cahaya lelaki tidak lama lagi di majlis ‘gender reveal’ yang diadakan Sabtu lalu.

Namun, disebalik perkongsian berita gembira tersebut, Mona atau Munna Hafiraneza Allen, 37, kecewa apabila terdapat segelintir pihak mempertikaikan majlis yang diadakan adalah budaya masyarakat barat.

Tujuan utama dia dan Pekin mengadakan majlis tersebut adalah untuk berkongsi secara terbuka segala pertanyaan pengikutnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mona Allen🌙 (@mona.allen)

Meskipun pengumuman sudah dibuat, masih ada pengikut yang bertanyakan jantina anak yang bakal dilahirkan.

“Cuba bayangkan ada 50,000 orang bertanya boy atau girl? Walaupun dah dimaklumkan untuk yang ingin tahu tapi masih ada lagi bertanya.

“Percayalah, takkan kita nak jawab satu persatu, agak penat. Jadi kita pilih satu tarikh dan buat pengumuman kepada umum,” katanya.

Menurut Mona, majlis yang diadakan bukan untuk bersikap riyak sebaliknya dilakukan atas sebab-sebab tertentu.

“Janganlah bersangka buruk, fikir secara positif. Janganlah kita ini asyik nak cari kesalahan orang lain.

“Kita bukan sengaja atau suka-suka nak riyak dan menunjuk tetapi buat sesuatu itu ada sebab. Setiap benda mesti ada sebab,” ujarnya.

Untuk rekod, Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan bakal melahirkan bayi sulung mereka pada penghujung September.

Sumber: Instagram Story @mona.allen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022

[VIDEO] Peminat Teruja Siti Nurhaliza Sakan Menari Tema Bollywood Dengan Datuk K… Sweetnya!

Amboiii sweetnyaa pasangan ni! Bersemut timeline min 🤩🤣

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

“Orang Lain Yang Sedap, I Plak Yang Kena” – Rita Rudaini Rimas

Rimas dengan komen berkaitan Izreen Azminda, Rita sekaligus memaklumkan bahawa dia langsung tidak mengambil kisah tentang kehidupan orang lain lantas merasa bengang kerana beliau sendiri tidak mempunyai kaitan dengan isu tersebut

Featured Thu, 9 May 2024

Tampalan Kulit Bernilai RM30,000 Bantu Pulih Kesan Lecur Faisal Halim

Semoga dipermudahkan buat FH. Ramai yang mendoakan ya!

Selebriti Mon, 9 May 2022
Hiburan Sat, 11 May 2019
Featured Fri, 23 Dec 2022

Buat Trend ‘Semakin Ku Kejar Semakin Kau Jauh’, Ramai Yang Sebak Lihat Shuib – “Kenapa Rasa Sedih Hm…”

Tular sebuah perkongsian pelawak, penyampai radio dan usahawan sensasi, Shuib Sepahtu sedang melakukan trend TikTok pasangan menggunakan lagu ‘Semakin Ku Kejar Semakin Kau Jauh’ nyanyian Five Minutes. Menerusi hantaran tersebut, Shuib yang memakai baju putih […]

error: Content is protected !!