Euforia Bola 2026
Selebriti By: Fatin Nurain May 9, 2022 @ 2:54pm

Wang Simpanan RM7,000 Idzham Ismail Lesap Dari Akaun Bank Isteri

Pelakon Idzham Ismail meluahkan rasa kecewa apabila wang simpanan berjumlah RM7,000 lesap dari akaun bank isterinya, Situ Nur Abilah Shamsudin.

Menurut Idzham, dia dan isterinya menyedari kehilangan wang dalam akaun bank itu pada Khamis lalu.

“Pada 29 April, isteri saya maklumkan bahawa dia tak dapat mengakses akaun banknya menerusi aplikasi perbankan di telefon.

“Keesokan harinya, sewaktu nak buat pembayaran untuk berbuka puasa, kad debit isteri saya tak boleh digunakan sebab dah disekat.

“Bila kami hubungi pihak bank, mereka minta kami hadir ke bank pada Isnin untuk selesaikan urusan pertukaran kad. Kebetulan, diumumkan kita akan menyambut Aidilfitri pada Isnin.

“Jadi, pada hari Raya keempat (Khamis), barulah kami ke bank di Pulau Pinang dan apabila dapat mengakses semula aplikasi perbankan, baru isteri saya tersedar bahawa RM7,000 dah hilang,” jelasnya.

Selain itu, pelakon itu mendakwa transaksi yang dibuat juga sangat mencurigakan.

“Bila kami lihat transaksi bank, dalam masa sehari, ada sekitar lapan hingga sembilan transaksi yang dibuat ke Amerika Syarikat.

“Ada transaksi berjumlah RM1,000 dan ada juga RM2,000. Memang sangat mencurigakan sebab kami tak pernah berkongsi data perbankan di mana-mana platform online,” katanya.

Bagi Idzham, jumlah RM7,000 itu adalah jumlah yang besar buat keluarganya kerana mereka telah mengumpulnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

“Bagi orang lain, jumlah itu mungkin tak banyak. Tapi, bagi kami yang berusaha mengumpul wang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, jumlah itu sangat besar.

“Menangis jugalah isteri saya bila dapat tahu apa yang berlaku. Kami dah buat laporan polis juga dan sekarang masih lagi menantikan sebarang informasi terkini.

“Pihak bank maklumkan, mereka akan hubungi kami pada Isnin. Memang harapan kami, wang itu dapat dikembalikan. Kalau sebaliknya, kami anggap sahaja itu bukan rezeki kami,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Mon, 19 Nov 2018
Featured Wed, 4 Oct 2023
Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Sufian Geram Disangka Masih Belum ‘Move On’

Terhibur pulak terbaca ada peminat Sufian Suhaimi yang menegurnya kerana keadaannya yang seperti tidak terurus dan masih menagih simpati bekas tunangnya, Elfira Loy walaupun Elfira sudah pun berkahwin dan akan bersalin anak pertama bersama suaminya, […]

Featured Mon, 22 Aug 2022

[VIDEO] “Pelbagai Dugaan Dilalui, Akhirnya Rapuh” – Sentuh Perasaan! Neelofa Menangis Ketika Perjanjian Dibaca Oleh…

Alahai, terlalu banyak kecaman & pelbagai isu dibangkitkan mengenai inai NunHa 🥲🥲 Sayu pulaa 🥲

error: Content is protected !!