Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 24, 2023 @ 5:47pm

[VIDEO] “Nampak Berseri-Seri! Mesti Girl” – Usia Kandungan Tom Kini 7 Bulan, Ramai Doakan Urusan Bersalin Dipermudah

Penyanyi Tom mencuri perhatian warganet apabila membuat perkongsian di media sosialnya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Azal Raja Ikram memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dirinya.

Menerusi video pendek tersebut, isteri kepada penyanyi Fuad Rahman itu sedang merakam dirinya di hadapan cermin.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah Tom yang juga peserta Famili Duo ini mengusap perutnya yang hamil dan kini memasuki bulan ke-7.

“Simpan sini untuk kenangan.. 7 bulan dan hari ini,” tulis Tom ringkas.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Tom itu dengan mendoakan agar urusan bersalin kelak dipermudahkan.

“Berseri-seri.. mesti girl..moga dipermudahkan,” tulis seorang pengguna.

“Doa yang baik-baik, Insya-Allah baik,” komen warganet.

“Moga you dan baby sentiasa dalam lindungannya,” doa seorang netizen.

“Hati-hati Tom,  ingatkan baru 3 atau 4 bulan,” komen netizen lain.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Untuk rekod, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki. Manakala Fuad pernah berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan pertama.

Sebagai info, Tom dan Fuad kini menyertai Famili Duo untuk musim terbaharu.

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3! Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my atau strim secara HD hanya di Tonton.

Enam pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) dan Syarif & Syaful Zero (Adik Beradik).

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen Asyik Tanya Lesung Pipit ‘Original’ Ke ‘Fake’, Tom Tampil Perjelas – “Saya Tak Malu Pun Mengaku”

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo 3: Tom & Fuad Mengaku Rasa Kekok Buat Persembahan Atas Pentas, Sedia Pikat Hati Juri Di Minggu Ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Usia Kandungan Dah Sebulan, Fuad Rahman Dedah Tom Kini Hamil Anak Pertama!

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo: Sarat Hamil 5 Bulan! Tom Masih Mampu ‘Tarik’ Nada Tinggi, Bersedia Terima Kritikan – “Saya Akan Buat Sedaya Mampu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Jan 2026

Doa Ikhlas Bertukar Kontroversi, Aishah Azman Dituduh Mahu Ambil Hati Kamal Adli

Ada pihak mendakwa Aishah seolah-olah mempunyai niat lain

Trending Mon, 13 Jun 2022

“Saya Berdosa Urusan Saya Dengan Allah…” – Isteri Caprice Anggap Komen Negatif Seperti ‘Free Marketing’

Farra Inalis menganggap komen negatif sebagai free marketing perniagaannya.

Featured Tue, 1 Oct 2024
Featured Fri, 2 May 2025

“Yang Kaya Tu Allah Sahaja”- Bonda Rozita Bidas Netizen Dakwa Suami Baharu ‘Cuci Kaki’

Bonda Rozita mempertahankan suaminya itu sekaligus menitipkan pesan buat netizen.

Trending Wed, 9 Dec 2020
Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

“Kau Bukan Sempurna Pun Nak Hina Anak Aku” – Ini Jawapan Aliff Syukri Apabila….

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menjawab tohmahan yang dilontarkan oleh netizen terhadap anaknya, Ammar Ahyyan. @aliffsyukriterlajaklaris Replying to @user1467650542330 ♬ original sound – Terlajaklaris Menerusi perkongsian yang dibuat di laman TikTok, Aliff menjelaskan dia […]

Featured Mon, 28 Jan 2019

Pelakon Sherry Ibrahim berang dituduh buat pembedahan kosmetik

Minta netizen hentikan fitnah terhadapnya!

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
error: Content is protected !!