Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 24, 2025 @ 3:49pm

Sedia Jalin Kerjasama, Haqiem Rusli Puji Kai Deva Unik

Penyanyi popular, Haqiem Rusli memuji peserta Calpis Soda One In A Million iaitu Kai Deva sebagai seorang yang unik.

Meskipun baru berjumpa dan bertentang secara empat mata, Haqiem bagaimanapun mengaku sebelum ini dia pernah menyaksikan persembahan Kai ketika membuat sesi busking di Bukit Bintang menerusi siaran langsung di TikTok.

Dalam pada itu, Haqiem  ketika ditemui XTRA pada sesi latihan vokal bersama peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang berlangusng di Cheras, Kuala Lumpur pada Khamis sempat berkongsi mengenai persiapan dan persembahannya sempena konsert minggu ke-7 CSOIAM bersama peserta Kai Deva.

Katanya,  kehadirannya sebagai rakan duet Kai di konsert CSOIAM yang berlangsung pada Ahad nanti hanyalah sekadar mahu mempersembahkan kelainan menerusi lagu Di Alam Fana Cinta nyanyian asal kumpulan Fotograf.

“Lagu ini lagu legenda, jadi saya tidak perlu fikir banyak. Saya cuma mahu menambah kelainan.

“Macam saya sendiri, saya hanya ikut sahaja apa yang Kai perlukan, cuma saya akan tolong cantikkan sahaja lagu tu, kalau ada idea saya akan tolong cuma semua ni bergantung pada peserta.

“Sebab dia yang nak bertanding, so dia tau apa vision pertandingan ni,” katanya.

Tambahnya, dia juga sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Kai Deva jika ada peluang untuk menghasilkan lagu bersama pada masa akan datang.

“Kami baru bertemu hari ini (Khamis) dan belum berbincang tentang lagu.

“Tapi kalau ada upcoming projek atau dia dah dapat label ke nanti dan kalau memerlukan khidmat kami untuk buat lagu saya okay sahaja,” jelasnya.

 

Sekadar info, enam peserta iaitu Mary Grace, Zazzleen, Jimi, Mariam, Eylia dan Khai Deva masing-masing akan berduet bersama penyanyi artis popular seperti Marsha Milan, Amir Masdi, Shiha Zikir, Aisha Retno, Khai Bahar, dan Haqiem Rusli di konsert minggu ketujuh nanti.

Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!

Jangan terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.

Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk berinteraksi mengenai program ini.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Dec 2024

Berjubah & Berhijab, Penampilan Amelia Christie Terima Pujian – “Terima Kasih Ya Allah”

Ada yang mendakwa Amelia memakai pakaian menutup aurat itu hanyalah sekadar mempromosikan pakaian muslimah sebuah produk pakaian.

Trending Thu, 16 Jul 2020

Yuran Asrama & Perkhidmatan Universiti Dikurangkan Sehingga 5%

Semoga pengurangan yuran ini dapat membantu

Featured Fri, 27 Mar 2020

Kerajaan salur RM250 bilion bantu setiap lapisan masyarakat

Pakej rangsangan ekonomi komprehensif tangani COVID-19

Hiburan Wed, 6 Dec 2017

Pengantin Perempuan Persembah Tarian Pada Pasangan Siapa Tu

Trend terkini pengantin perempuan /lelaki akan menari didepan pasangan seperti Mawar Rashid sakan menari di depan suami ketika majlis persandingan mereka.

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Isu Muflis, Elfira Loy Difitnah?

Hidup ni kena sentiasa berpada-pada kerana ujian tidak pernah hadir pada saat kita diduga. Kadang ia hadir untuk mengajar kita kadang ia hadir untuk menaikkan darjat kita disisi-Nya.

Trending Mon, 23 Apr 2018

Kate Middleton Selamat Lahirkan Anak Ketiga

“Kate dan anak berada dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan istana.

error: Content is protected !!