Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 9, 2023 @ 7:45pm

Populariti DJ Lin Tak Tenggelam Biarpun Gagal Pertahan Trofi Penyampai Radio Popular – “Followers Saya Makin Bertambah”

Penyampai radio, DJ Lin mengakui berasa sedikit hampa apabila gagal mempertahankan trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 baru-baru ini.

DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abdul Majid, 48, berkata kelab peminatnya sudah buat yang terbaik namun rezeki tidak memihak kepadanya pada malam tersebut.

“Bagi saya untuk ABPBH baru ini, saya dan team kelab peminat, bersama peminat-peminat seluruh Malaysia termasuk di luar negara, kami telah buat yang terbaik. Mereka laksana tugas dengan baik untuk mengundi saya tanpa henti.

“Mereka update dan kongsi jumlah undian harian, semuanya saya saksikan sendiri. Bila malam itu jawapannya tidak berpihak pada saya, sejujurnya saya tak nafikan berasa hampa mewakili peminat.

“Apa yang mereka inginkan tidak tercapai tetapi saya cuba tenangkan mereka bahawa kita percaya pada rezeki. Adat pertandingan ada kalah dan menang. Walau baik dan hebat serta bagus mana pun, jika Allah katakan ia bukan rezeki kita, ia bukan rezeki kita,” katanya ketika ditemui  XTRA, baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, DJ Lin menghargai setiap usaha peminatnya itu malah menyifatkan kesetiaan peminatnya tidak boleh dijual beli.

“Saya reda, ketentuan Allah itu sesuatu yang dah ditetapkan. Tetapi saya tidak berdiam diri, saya menyaksikan sendiri betapa susah payahnya peminat saya bertungkus lumus untuk mengundi.

“Itulah komitmen padu daripada peminat saya. Ia tidak boleh disangkal lagi kerana ia daripada peminat.

“Saya takkan berubah, apa yang berlaku pada malam itu buat saya sedar betapa setianya peminat saya kepada saya. Kesetiaan itulah yang tak terbanding dengan apa-apa pun.

“Tak boleh dibeli, tidak ada perbandingan dan pertaruhan. Melihat respons di Live TikTok, saya bertambah semangat, lain macam,” ujarnya.

Dalam pada itu, disebalik kekalahan itu, DJ Lin berkongsi bahawa pengikutnya di media sosial semakin bertambah dan menetapkan pendiriannya untuk terus mengasihi peminat.

“Saya sangat bersyukur, di TikTok juga..saya percaya apa yang berlaku ada hikmah. Apa yang saya nampak pengikut saya bertambah dikalangan orang yang tak pernah saya berurusan dan tak kenal.

“Saya anggap mungkin ia rezeki saya. Allah itu adil. Saya percaya hikmah itu. Saya tetap diri saya, bagaimana saya melayan peminat, orang tetap mahu bergambar, ramai yang tegur dan juga bersimpati atas kekalahan itu.

“Itu adalah DJ Lin. Ia tetap berlaku, tak boleh nafikan. Saya menyedarkan mereka bahawa rezeki itu bukan di tangan kita tetapi mereka dah buat sehabis baik,” jelasnya.

DJ Lin juga menyifatkan kekalahan tersebut mempunyai hikmah tersendiri malah akan terus menghargai peminatnya walau apapun yang berlaku.

“Sebenarnya bila diumumkan saya kalah, saya pergi ke mana-mana lagi ramai yang menegur daripada sebelum ini. Saya pelik sedangkan yang menang orang lain.

“Semuanya terkandung seribu hikmah. Saya bersyukur atas apa-apa pun. Pertama sekali kita jangan putus asa kerana Allah nak lihat kita mampu atau tidak.

“Saya sejujurnya akan tetap meneruskan hubungan dengan peminat, kerana tanpa peminat saya bukan siapa-siapa,” ujarnya.

ABPBH 35 menyaksikan Tyzo merampas dominasi rakan setugasnya, DJ Lin yang membolot kategori berkenaan pada ABPBH 29, 32, 33 dan 34.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 22 Dec 2024

Watie Dedah ‘Wishlist’ 2025 Dekta… Nak Masuk Kelas Vokal & Jadi Matured – “Kalau Masuk America’s Got Talent Mummy Bangga Tak?”

Anak perempuan tunggal pasangan Shuib dan Arwah Siti Sarah itu juga pasang impian untuk sertai America’s Got Talent

Featured Sat, 31 May 2025
Hiburan Thu, 17 Oct 2019

「小队长」卢广仲明年1月4日驾到!

卢广仲「大人中」世界巡回演唱会大马站定档2020年1月4日在莎阿南美拉瓦蒂室内体育馆引爆,卢广仲喊话 “十年后的第一年,来聚聚吧!”

Hiburan Sun, 29 Jun 2025
Events Wed, 12 Sep 2018

Erk…KOPI Buat Kamu Bergelut Dengan Emosi?

Sebuah siri antalogi Fixi yang mendapat sentuhan penerbit eksekutif, Faizul A. Rashid, Hafiz A. Rashid  dan Kamil Hashim ini membongkar isu kontroversi selain merungkai topik kontemporari tanpa tapisan.

Hiburan Wed, 18 May 2022
error: Content is protected !!