Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella November 15, 2021 @ 6:37pm

“Saya Dah Berumur 24 Tahun” – Aktif Berlakon Semenjak Usia Kanak-Kanak & Remaja, Netizen Tak Boleh Terima Afieq Shazwan Bawa Watak Suami

Penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan mendedahkan ramai peminat tidak dapat menerima lakonannya sebagai lelaki dewasa.

Terlibat dalam industri hiburan semenjak di usia kanak-kanak, Afieq kini memegang watak sebagai seorang suami dalam drama bersiri Diari Seorang Suami yang ditayangkan di slot Lestary TV3 setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam.

Selain Afieq, drama bersiri yang turut menampilkan Yuna Rahim, Keith Foo, Fimie Don dan ramai lagi itu telah mula bersiaran semenjak 12 November lalu.

“Sebenarnya banyak saja watak dewasa yang saya dah dapat, tapi banyak juga rezeki dan peluang yang saya tak dapat nak buat.

“Saya rasa salah satu punca ialah sebab mereka jarang tengok karya terkini saya. Maksudnya, apa yang bersiaran sekarang ni masih lagi program-program yang dah lama saya buat.

“Jadi, mereka masih merasakan yang Afieq yang ni orang lain, Afieq yang ini pula orang lain. Sebenarnya, Afieq Shazwan ni adalah orang yang sama.

“Mereka tak boleh nak relate benda tu dan rasa ini benda yang berbeza, tapi sebenarnya ini adalah orang yang sama,” katanya semasa sidang media maya drama Diari Seorang Suami pada Isnin.

Tambah Afieq, antara punca netizen masih menganggap dia tidak sesuai berlakon sebagai seorang suami adalah kerana sebelum ini Afieq terlalu aktif berlakon sebagai kanak-kanak.

“Itu adalah salah satu punca juga sebab dulu saya terlalu aktif dengan drama, shooting semenjak saya kanak-kanak dan remaja.

“Sekarang, saya dah berumur 24 tahun, saya harap netizen atau peminat di luar faham. Ada yang sudah menerima, ada yang tak boleh lagi nak menerima benda tu.

“Sebab kali terakhir mereka tengok saya lain, sekarang pula mereka tengok saya sudah berubah. Maksudnya, mereka terlupa umur terbaharu saya,” jelasnya.

Tegas Afieq lagi, dia tidak selamanya memegang watak sebagai kanak-kanak atau remaja kerana dia perlu melalui fasa berbeza dalam setiap episod.

“Saya rasa tak ada masalah sebab Diari Seorang Suami ni membuka jalan dan tak terlalu drastik untuk saya terus dilihat sebagai seorang suami.

“Ini adalah perjalanan kisah saya ibaratnya umur 18 tahun, 19 tahun nak kahwin, nikah, itu perjalanan dia. Mungkin orang akan nampak perkembangan bagaimana saya bawa watak.

“Saya tak selamanya memegang watak yang macam seorang yang budak-budak je sebab dia ada fasa yang berbeza di setiap episod,” kata Afieq.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 6 Dec 2018
Hiburan Sat, 5 Apr 2025
Hiburan Mon, 21 May 2018

Betulkah Hafiz Suip Tak Popular?

Hafis Suip menafikan sikap demand yang menjadikannya sedikit tenggelam namun bagi penyanyi yang popular menerusi lagu Bahagiaku Deritamu ini mengakui bahawa wang bukanlah segala-galanya

Featured Tue, 1 Mar 2022

Bank Malaysia Tingkatkan Pinjaman Sehingga 6.0 Peratus Tahun Ini

Pinjaman diunjurkan akan terus meningkat berbanding 2021

Hiburan Wed, 26 Sep 2018
Featured Sun, 20 Apr 2025

“Tiada Maaf Bagimu, Saya Tiada Menantu” – Abby Abadi ‘Tolak’ Permohonaan Maaf Aslam

Kata Abby, tiada keperluan untuk menantunya itu meminta maaf.

Hiburan Sat, 24 Aug 2019
error: Content is protected !!