Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 24, 2019 @ 5:21pm

‘Tuhan Makbulkan Doa Saya’- Wany Hasrita

Penyanyi, Wany Hasrita, berkongsi khabar gembira lagu duetnya bersama Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, bakal dilancarkan bulan depan.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31 itu berkata, lagu berjudul Belenggu Rindu terbabit adalah hasil ciptaan komposer dan penyanyi terkenal, Hael Husaini, serta Ezra Kong.

“Alhamdulillah, impian saya untuk berduet dengan penyanyi legenda yang saya minati itu menjadi nyata.

“Sejak awal lagi, jika ditanya siapa artis yang menjadi idaman saya untuk nyanyian secara duet, sememangnya beliau antara pilihan utama.

“Saya percaya, selain diri ini, ramai lagi artis dan peminat di luar sana yang mengagumi bakat serta nyanyiannya. Nampaknya, Tuhan memakbulkan impian saya,” kata Wany kepada BH Online.

Sebelum itu, Wany berkongsi ‘teaser’ lagu berkenaan di Instagram, yang bukan sekadar mendapat perhatian ramai pengikutnya, malah tidak kurang peminat mengucapkan tahniah.

Kata Wany, lagu berkonsep pop terbabit berkisar pada nasihat insan lebih berpengalaman kepada golongan muda mengenai hal kehidupan dan percintaan.

“Dalam percintaan, umpamanya, golongan muda tidak boleh terlalu mengikut hati dan perasaan,” katanya penuh makna.

Mengenai pencalonannya dalam ABPBH 32, penyanyi yang kini popular dengan lagu Terlalu Memuja itu enggan meletakkan harapan menggunung.

“Jika ditakdirkan menang, ia boleh dianggap sebagai bonus. Paling penting, inilah acara yang membolehkan kita sama-sama meraikan teman seperjuangan dalam seni,” katanya yang disokong kelab peminat, Wanyhasnizer.

Pada ABPBH kali ini, Wany menyaksikan namanya melekat sebagai calon Top 5 kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow bersama-sama Aishah, Siti Nordiana, Stacy dan Ara Johari.

Undian peringkat kedua dibuka sejak 20 Ogos lalu dan peminat boleh mengundi calon kegemaran masing-masing di www.abpbh.com.my.

ABPBH 32 yang ditaja oleh Alha Alfa Cosmetics dan DuitNow selaku penaja bersama akan mencapai kemuncaknya pada 22 September depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kredit: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Feb 2024
Featured Thu, 25 May 2023
Featured Thu, 15 Sep 2022

“Semoga Ini Yang Terakhir” – Gara-Gara Nyanyian ‘Sumbang’, Netizen Tak Mahu Keisya Levronka Datang Malaysia Lagi?

Eh, kenapa netizen tak bagi Keisya nyanyi lagi kat Malaysia? Sumbang sangat ke nyanyian Keisya masa AIM 23 haritu? Hmmm 🥲

Hiburan Tue, 10 Mar 2026

Bermula Dari Gurauan… Mohd Mentor & Zwen Superchild Berjaya Kumpul RM600, Peminat Sumbang Untuk Rakam ‘Huru Hara Raya’

Juara program realiti Mentor 4, Mohd bergabung dengan Zwen Superchild dalam Huru Hara Raya.

Featured Wed, 13 Aug 2025

Peguam Anna Jobling Dedah Kronologi Dakwaan Ibu ‘Dikunci’ Dalam Kereta

Menerusi perkongsian video, ibu Anna tidak disentuh atau dikeluarkan dari kereta.

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Buka ‘Warung Teringin’, Shima Mula Bisnes Nasi Campur

Antara juadah yang bakal disajikan termasuk asam pedas, asam rebus, goreng berlada, masak lemak cili api dan aneka masakan kampung lain.

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Tahniah Black! Akhirnya Dayyan Dah Dapat Adik

Selamat berpantang buat Cira!

error: Content is protected !!