Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 13, 2025 @ 10:14am

Peguam Anna Jobling Dedah Kronologi Dakwaan Ibu ‘Dikunci’ Dalam Kereta

Perkongsian peguam kepada pelakon, Anna Jobling menyorot perhatian selepas memuat naik hantaran yang mendakwa ibu kepada aktres itu, Ariz Arop atau dikenali sebagai @Mamajobling pernah dikunci didalam kereta sebelum ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, peguam Anna, Wan Nurliyana Abdul Rahman sempat berkongsi foto bersama aktres itu ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang bertarikh 25 Mac 2025.

“Dear Anna, kami semua tahu apa yang telah dilakukan padamu. Dan, kami semua tahu apa yang kamu lalui.

“Tetaplah kuat.. kami menyayangimu. Sesungguhnya, kebenaran akan selalu menang,” tulis pada kapsyen foto berkenaan.

Dalam hantaran berlainan pula, peguam terbabit berkongsi antara dakwaan yang dibuat oleh ibu Anna antaranya, didakwa dikunci didalam kereta.

Menurutnya, kereta yang dipandu Anna hanya boleh dibuka (unlocked) dari bahagian dalam sahaja dan difahamkan kenderaan terbabit telahpun dibuka namun penumpang didalamnya enggan keluar.

Tidak terhenti di situ, antara dakwaan lain ibu Anna adalah peguam turut dipanggil bagi mengarahkannya keluar dari kenderaan berkenaan.

Tidak terhenti di situ, antara dakwaan lain ibu Anna adalah peguam turut dipanggil bagi mengarahkannya keluar dari kenderaan berkenaan.

Bagaimanapun, peguam menjelaskan kenderaan tersebut telah dibuka kuncinya buat kali kedua namun, tiada seorang pun yang keluar dari kereta berkenaan.

“Saya pergi untuk membuka kunci kereta untuk kali kedua, tapi tiada siapa yang dikeluarkan dari kereta.

“Dia tidak disentuh mahupun dikeluarkan dari kereta seperti yang didakwa. Hanya kad akses Anna diambil dari kereta,” kongsinya.

Sebelum ini, hubungan Anna dan ibunya didakwa dingin selepas Ariz kelihatan hadir di pejabat polis pada Ahad.

Malah, Ariz memaklumkan, dia kesal dengan tindakan teraju utama drama Melur Untuk Firdaus itu kerana melayannya seperti ‘anjing kurap’.

Selain, mendedahkan dia juga pernah menerima perintah injunksi apabila Anna hanya membenarkannya untuk berjumpa dalam jarak 100 meter sahaja.

Perintah injunksi tersebut difailkan oleh aktres itu selepas mendakwa ibunya sering berkelakuan kasar dan memukulnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Hanya Mimpi Beri Inspirasi Buat Caliph Buskers

Selamat mendengar lagu Hanya Mimpi

Events Mon, 17 Dec 2018

Sambut 300 Kanak-Kanak Bertemakan Harry Potter Krismas Ini

Merry Krismas Adik-adik! Seronoknya mereka ni kan?

Trending Tue, 2 Jan 2024

Dengar Suara Memanggil-Manggil, Nampak Melambai-Lambai…Ibu Sakit Rindukan Bella

Ibu mana yang tidak sayang anaknya, pulanglah Bella🤲🏻

Featured Thu, 13 Nov 2025

“Kamu Lahir Dari Kasih Bukan Dari Luka” – Luahan Kakak Umisya Mazlan Buat Ramai Sebak

Nadiah Mazlan menitipkan kata-kata penuh makna yang sarat dengan kasih sayang dan doa agar anak-anak adiknya itu membesar dengan kefahaman bahawa…

Featured Fri, 13 Sep 2024

Ejen Ali The Movie 2 Tampil Kelainan, Telan Kos Sehingga RM10 Juta

Tak sabarnya nak tengok Ejen Ali😍😍 Bangkit satria!

Featured Thu, 13 Feb 2025

“Siapa Tak Suka Dilayan Seperti Raja” – Opai Seronok Tengok Fatin Afeefa Jadi Suri Rumah, Anggap Ia Pencapaian Terbaik Dalam Hidup

“Dia tak pernah menang apa-apa award tapi di rumah dia menang isteri dan ibut terbaik” – Opai

Eat Travel Fri, 17 Apr 2020

Mahu ikan goreng rangup dan sedap? Ini rahsianya

Bukan sekadar garam kunyit biasa!

error: Content is protected !!