Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 5, 2025 @ 5:45pm

Sosok Sepeti Arwah Ibu Muncul Dalam Foto Raya AI, Khai Bahar Buat Ramai Sebak – “Mak! Lepas Edit Baru Perasan”

Rasa perit kehilangan insan tersayang tidak akan mudah diubati, begitulah perasaan yang dilalui oleh pelakon dan penyanyi, Khai Bahar yang masih terkesan atas pemergian ibu tercinta, Rosnah Muhammad.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Khai memuat naik foto suntingan teknologi Artificial Intelligence (AI) bersama adiknya, namun apa yang mencuri perhatian adalah gambar yang telah di ‘edit’ itu seolah-olah memaparkan sosok allahyarham ibunya.

Foto yang telah disunting itu menunjukkan sosok seorang warga tua yang sedikit kabur wajahya seperti memakai baju kurung berona merah gelap sama seperti Khai dan adiknya.

“Walau benda ni hanya edit, kenapa timbul sosok macam mak? Mak memang pakai simple macam ni masa Raya,” tulis pelantun lagu Bayang itu di kapsyen.

 

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memberi pesanan kepada Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 31, untuk terus cekal dan tabah menghadapi ujian kehilangan ibu tercinta.

Pada 2 Januari 2024, ibu Khai iaitu Rosnah Muhammad meninggal dunia dalam tidur pada usia 62 tahun di Kangar, Perlis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 5 Feb 2022

Naim Daniel Teruja Jalin Kerjasama Dengan Joe Flizzow

Pelakon, penyanyi dan komposer, Naim Daniel kini tampil dengan karya terbaru kolaborasi bersama rapper terkemuka, Joe Flizzow berjudul Habis Sini. Hasil kerjasama World Peace Entertainment Sdn. Bhd. dengan Def Jam Recordings Malaysia itu menandakan kerjasama […]

Hiburan Tue, 12 Dec 2017

Bieber Pelawa Keaton Jones, Mangsa Buli Viral

Awak Boleh Anggap Saya Kawan”, Bieber Pelawa Keaton Jones, Mangsa Buli Viral Jadi Kawan Di Instagramnya

Hiburan Sun, 19 Sep 2021

“Dia Terima Seadanya Walaupun Saya Lebih Tua” – Jarak 7 Tahun Bukan Penghalang Cinta Zizi Kirana & Yusuf Bahrin

Penyanyi Zizi Kirana menyenangi sikap suaminya, pelakon Yusuf Bahrin yang sopan santun dan matang. Selamat dinikahkan di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju pada jam 10.40 pagi tadi, jarak usia tujuh tahun juga tidak menghalang […]

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Mia Ahmad Tak Sanggup Bermadu

Semoga terus tabah ya Mia!

error: Content is protected !!