Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 9, 2024 @ 1:10am

Tampalan Kulit Bernilai RM30,000 Bantu Pulih Kesan Lecur Faisal Halim

Akibat kesan lecur tahap empat yang dialami pemain bola sepak, Faisal Halim baru-baru ini, ketua perubatan sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair memaklumkan, pihaknya terpaksa mengimport ubat yang dipanggil ‘skin allograft’ atau tampan kulit yang diimport dari Belgium.

Katanya, tampalan kulit tersebut digunakan sebagai prosedur untuk membantu mempercepat pemulihan kulit yang terjejas.

“Berdasarkan kepada pakar bedah, prosedur lanjutan itu akan berlangsung dalam minggu ini. Dari segi otot, ia memerlukan rehabilitasi dan kita boleh jangka pada masa depan nanti,” katanya.

Dalam pada itu, ‘skin allograft’ ini adalah sebagai kaedah rawatan tertinggi untuk merawat luka kebakaran kepada pesakit yang tidak memiliki kulit yang cukup untuk menutup luka terbakar di badan.

Dan, ia didapati daripada penderma sama ada yang masih sihat ataupun sudah meninggal dunia sebagai pelindung sementara untuk luka kebakaran.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar sahkan pihak Istana dan pasukan ‘The Red Giants’ mahu Faisal mendapatkan rawatan terbaik dan akan menanggung kos rawatan serta perubatan pemain kebangsaan itu sehingga pulih meskipun pemain itu sudah memiliki insurans perubatan.

“Kos perubatan Faisal sudah ditanggung menerusi insurans tetapi kita mahukan yang terbaik untuk dia. Apa yang dimaklumkan, rawatan yang terbaik biasanya membabitkan kos yang tinggi.

“Tetapi Tuanku (Tengku Amir Shah) beri jaminan bahawa tak usah khuatir dan jangan risau, pihak istana dan Tengku Amir Shah sendiri akan tanggung kos perubatan sekiranya perlu,” ulasnya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:Tubuh Faisal Halim Dibalut Seperti Mumia… Sempat Kirim Salam Pada Kawan-Kawan

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Simbah Asid Pemain Bola Sepak, Netizen Bengang… Sempat Luah Rasa Simpati Buat Faisal Halim – “Saya Kutuk Sekeras-Kerasnya Kejadian Ni”

ARTIKEL BERKAITAN:”Sedih Lihat Keadaan Dia” – Faisal Halim Kritikal, Disahkan Alami Melecur Tahap 4

ARTIKEL BERKAITAN:Faisal Halim Melecur Tahap 4 Akibat Disimbah Guna Asid Sulfurik Pekat

ARTIKEL BERKAITAN:Balutan ‘Mumia’ Telah Dibuka, Kulit Badan Faisal Halim Tunjuk Perkembangan Positif… Hanya Boleh Jamah Makanan Lembut

Terdahulu, insiden membabitkan pemain kebangsaan itu yang cedera dipercayai disimbah asid sulfurik pekat sehingga menyebabkan beberapa anggota badan termasuk mukanya melecur tahap empat.

Faisal yang juga tonggak Selangor FC dilaporkan sudah selesai menjalani pembedahan pertama dan kedua di sebuah hospital di Shah Alam dan keadaannya dilaporkan kini stabil.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Jan 2026

Siti Nurhaliza Nasihat Wanita 40-an Buat ‘Weight Training’, Sambil Bersukan Ajak Peminat Nyanyi Lagu Kesuma

Menurut Siti, senaman beban penting bagi membantu menguatkan tulang dan memastikan tubuh kekal sihat seiring peningkatan usia.

Trending Fri, 29 Jan 2021
Trending Sat, 15 Dec 2018

Siapa Anak Kerabat Di Raja Pakai Baju ‘Kitar Semula’

Pernah tak anda terfikir yang kerabat di raja juga mengamalkan sikap sebegini? 

Selebriti Mon, 9 May 2022

Andi Bernadee Kini Lebih Selektif

Kerjaya Andi Bernadee Makin Kukuh

Hiburan Mon, 27 Jan 2025
Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] Berada Dalam Studio Bersama, Agnez Mo & Justin Timberlake Bakal Berduet? 

Wowwww! Agnez Mo nak keluar lagu duet baru dengan Justin Timberlake ke? Fuhhh mantappp 🤩🤩🤩

Featured Wed, 15 Apr 2020

Cuci telefon bimbit untuk kurangkan risiko jangkitan COVID-19

Awas! Virus boleh berpindah ke permukaan telefon

Hiburan Sat, 7 Mar 2026
error: Content is protected !!