Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd January 29, 2021 @ 2:07pm

“Elok Mak Ayah, Eloklah Anaknya” – Berani Papar Realiti Sebenar, Drama Rahimah Tanpa Rahim Dipuji Ramai

Drama Rahimah Tanpa Rahim mula mendapat perhatian peminat semenjak ianya mula ditayangkan.

Bukan hanya mengetengahkan isu kesihatan iaitu MRKH, drama ini turut mengetengahkan pelbagai isu seperti kekeluargaan dan kepercayaan. 

“Plot Cerita Nice, Tak Lari Dari Realiti Kehidupan”

Walaupun ada segelintir pihak yang mempersendakan tajuk drama ini, namun netizen di Twitter lebih bijak menilai dan mempunyai pendapat  yang berbeza.

Ramai  yang bersetuju drama ini bukan sahaja mempunyai garapan plot yang menarik malah turut menyedarkan orang ramai mengenai isu sebenar yang berlaku dalam kehidupan.

Malah, ada yang berpendapat plot drama ini yang dianggap berani membuka mata orang ramai mengenai kehidupan sebenar wanita yang dilahirkan tanpa rahim, yang tidak dapat melahirkan zuriat.

Apa itu MRKH? 

Sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH) merupakan kondisi dimana seorang wanita dilahirkan tanpa rahim dan tidak mampu untuk melahirkan anak.

Sindrom ini dinamakan atas 4 orang doktor yang pertama kali menjumpai keadaan ini.

Ianya adalah kongenital – bermakna ianya sudah berlaku sebelum lahir lagi. Keadaan ini menyebabkan faraj dan rahim tidak berkembang atau pun tiada, walaupun luaran nya nampak seperti perempuan biasa.

Wanita yang dilanda masalah ini selalunya akan berjumpa doktor dengan masalah tidak datang period yang pertama, walaupun sudah berusia 16 tahun.

Perempuan dengan sindrom MRKH ini mempunyai genetik seperti wanita biasa iaitu kromosom (46, XX) dan sepasang ovari yang berfungsi secara normal.

Rahimah Tanpa Rahim turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Puteri Aishah, Azlee Khairi, Ezzaty Abdullah, Hafidz Roshdi, Mustaqim Bahadon, Lizza Abdullah, Amelina dan ramai lagi.

Rahimah Tanpa Rahim akan menghiasi slot Akasia setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 22 Januari 2021, pada jam 7 hingga 8 malam.

Sumber : Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, KKM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Aug 2022
Trending Mon, 1 Jan 2018

16个“赋予灵魂”的物品 包你目瞪口呆

你相信东西也有灵魂吗?如果哪天物品都赋予生命了,大家应该都会被吓得目瞪口呆!

Trending Tue, 13 Oct 2020

Malaysia Bakal Penerima Utama Vaksin Covid-19

Semoga vaksin ini dapat dimanfaatkan sebaiknya

error: Content is protected !!