Euforia Bola 2026
8TV By: Fatin Nurain December 1, 2022 @ 1:31pm

Media Prima Lancarkan Kempen Tahun Baharu Cina 2023 #LoveYouTu (兔)

Media Prima Berhad telah melancarkan kempen Tahun Baharu Cina 2023, #LoveYouTu sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2023 yang bakal tiba pada 22 Januari 2023, menerusi 8TV.

Dengan kerjasama saluran radio 8FM, portal video Tonton, rangkaian TV beli-belah WOWSHOP, laman portal Rojaklah, Viralcham dan Tantannews (TTN), kempen ini dilancarkan untuk menyebarkan keriangan serta membina semangat dalam menempuhi tahun baharu ini.

Menurut Kevin Foo selaku Ketua Pegawai Operasi 8TV, konsep ‘Love You Tu’ yang digunakan untuk kempen tersebut menjadi simbolik untuk membawa pelbagai positiviti sempena tahun arnab, pada 2023 nanti.

“Perkataan ‘Tu’ bermaksud arnab dalam bahasa Cina. Jadi ‘Love You Tu’ kita ambilkan dia punya gestur (simbolik) tu seperti ibu dan anak yang saling menyatakan rasa sayang mereka. Jadi itu adalah slang dan gesture of it.

“So, perkataan Love You itu digunakan sempena kedatangan tahun baru untuk menyebarkan lagi rasa sayang since the country telah menghadapi banyak cabaran kebelakangan in.

“Dengan segala dugaan yang telah kita lalui, kita harap tahun baru ini kita dapat sebarkan positivity dan tonjolkan semangat seluruh masyarakat,” katanya.

Perkara itu telah dideahkan oleh Kevin ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen #LoveYouTu yang telah berlangsung di The Westin Kuala Lumpur, malam tadi.

Selain itu, Kevin turut memaklumkan bahawa 8TV juga menyediakan program – program istimewa Tahun Baharu Cina 2023 sepanjang kempen itu dijalankan yang bermula pada Disember ini.

“Sempena tahun baharu Cina kali ini, kita ada sebanyak 11 program baru. Tahun ini kita ketengahkan tiga genre yang penting seperti drama, program masakan dan Fung Sui. Antara ketiga-tiga genre ini, yang penting adalah drama.

“Untuk 8TV, bila tahun baru Cina kita akan sediakan drama baharu. Jadi ini merupakan strategi yang sama kita buat untuk tahun depan di mana kita ada dua drama baharu iaitu Mission Homecoming dan My Future Sons-In-Law,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 May 2018

Comedy Planet Tutup, Afdlin Ucap Terima Kasih

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang telah mengunjung dan juga telah memberi sokongan padu kepada kami! Tapi apakan daya, kami sudah tidak mampu meneruskan operasi di Great Eastern Mall. 

Featured Fri, 12 May 2023
Featured Fri, 31 Mar 2023
Trending Thu, 16 Aug 2018

4 Gambar DiKongsi Sebelum Kematian

“Pria pada beberapa kesempatan menjadi penguasa nasib mereka”, Tetapi setiap momen tidak selalu sama dengan ungkapan Shakespeare.

Hiburan Mon, 23 Feb 2026

Penghantar Makanan Simpan Impian Bergelar Penyanyi, Kisah Black Hanifah Jadi Inspirasi Naskhah Mengusik Jiwa

Imran Aqil, Fahrin Ahmad, Danish Iskandar dan Hanna Halim muncul dalam sebuah naskhah istimewa.

error: Content is protected !!