Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 1, 2023 @ 1:25pm

[VIDEO] Dahlia Shazwan Jumpa ‘Kembar Seiras’ Di Syria Raih Perhatian – “Kembar Jauh Terpisah Masa & Geografi”

Perkongsian personaliti TV, Dahlia Shazwan menarik perhatian ramai, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Dahlia memuat naik sebuah foto dan video yang memaparkan dia sedang bergambar bersama seorang kanak-kanak asal Syria.

Video yang dimuat naik Dahlia juga memaparkan mereka sedang melambai ke arah kamera.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah wajah mereka nampak sangat seiras apabila mereka merakamkan momen itu bersama.

“Assalamualaikum dan salam jumaat!

“Meet my Syrian twin,” kongsi Dahlia teruja.

Dalam kesempatan itu, Dahlia turut meminta semua mendoakan kesejahteraan kanak-kanak tersebut malah berharap mereka dapat bertemu lagi.

“Tolong doakan agar kita dapat lihat dia membesar, sambung pengajiannya dan berjasa kepada tanah airnya.

“Harap dapat jumpa dia lagi pada ziarah saya yang akan datang, Amin,” ujarnya.

Difahamkan, Dahlia dan beberapa kenalan lain ke Syria dan Turkiye bagi membantu golongan memerlukan dalam sebuah misi kemanusiaan.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengikut meluahkan rasa teruja apabila melihat kembar seiras itu. Malah menyifatkan mereka sangat comel bersama.

Sehingga kini, perkongsian Dahlia itu telah meraih lebih 32,000 tanda suka dan lebih 800 komen di IG miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 8 Dec 2023
Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Sat, 20 Apr 2019

Bertahan Hanya 2 Tahun, Adele Sah Bercerai

Tiada lagi komen lanjut memandangkan keduanya meminta diberi ruang buat sementara waktu.

Eat Travel Sat, 18 Apr 2020

Adam Corrie kongsi resipi mi kicap wantan

Cuba sekali pasti nak lagi!

Featured Thu, 4 Jun 2026

Siti Saerah Tak Halang Amad Menetap Dengan Bapa Di Kuantan – “Ibu Mana Tak Sedih, Tapi Itu Pilihan Dia”

Penyanyi Siti Saerah tidak dapat menahan sebak apabila diajukan soalan mengenai keputusan anaknya, Ahmad Dayyan Saiful Anuar atau lebih dikenali sebagai Amad, yang memilih untuk menetap bersama bapanya.

Eat Travel Wed, 9 Oct 2019

Destinasi percutian hujung minggu yang pasti berbaloi!

Lima tempat ini pasti memberikan ketenangan buat pengunjungnya

Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Wed, 16 Aug 2023
error: Content is protected !!