Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 4, 2026 @ 11:56am

Siti Saerah Tak Halang Amad Menetap Dengan Bapa Di Kuantan – “Ibu Mana Tak Sedih, Tapi Itu Pilihan Dia”

Penyanyi Siti Saerah tidak dapat menahan sebak apabila diajukan soalan mengenai keputusan anaknya, Ahmad Dayyan Saiful Anuar atau lebih dikenali sebagai Amad, yang memilih untuk menetap bersama bapanya.

Menurut Saerah, keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk diterima sebagai seorang ibu, namun dia tetap menghormati pilihan yang dibuat oleh anaknya itu.

“Yelah, bila anak remaja ni kan sampai satu tahap dia ada pilihan sendiri. Dan saya sebagai ibu tidak pernah menghalang kehendak dia. Kalau dia rasa itu untuk kebaikan dia, untuk diri dia… saya tak ada masalah.

“Tapi ibu mana yang tak sedih kan? Saya sampai tak boleh tidur. Tapi tak apa, itu adalah pilihan dia, saya mendoakan yang terbaik,” katanya.

Saerah berkata demikian ketika ditemui usai majlis pelancaran single terbaharu Umairah berjudul, ‘Hujung Indah’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Meskipun menetap di Kuantan, Saerah menjelaskan, dia masih menguruskan kerjaya anaknya itu di Kuala Lumpur memandangkan Amad juga masih terikat dengan beberapa komitmen kerja.

“Saya cakap dengan dia, apa sekalipun kontrak kena selesaikan juga. Mana yang perlu diselesaikan, kita selesaikan.

“Saya tidak menghalang apa sekalipun dia buat dekat sana (Kuantan), bila dia buat keputusan untuk pindah itu dah bukan tanggungjawab saya.

“Sebagai ibu, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk dia supaya berjaya pada masa hadapan terutamanya dengan pilihannya sendiri.

“Tapi, kalau ada show dekat Kuala Lumpur, saya akan uruskan termasuklah ambil dan bawa Amad pulang ke Kuantan semula,” katanya lagi.

Tidak habis disitu, Saerah menegaskan, dia enggan mengulas lanjut mengenai isu wujudnya dua pengurus untuk anaknya itu seperti yang didakwa sebelum ini.

“Kami ni nak kata manager tak adalah juga. Saya malas nak cakap pasal dua manager ni sebab sayaa rasa sewaktu Amad bersama saya, saya akan uruskan dia sehinggalah habis kontrak.

“Jadi, bila dah selesai sahaja kontrak, saya sudah tidak masuk campur,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 18 Dec 2021

Kemalangan Ragut Nyawa 9 Beranak Serentak, Remaja Sebak Hilang Ahli Keluarga – “Saya Terlalu Sayangkan Ibu”

“Saya terlalu sayangkan ibu.” Itu ungkapan anak ketiga mangsa insiden maut yang membabitkan 10 kematian di kawasan Rehat dan Rawat USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam malam tadi. Dalam kejadian 11.45 […]

Trending Sat, 2 Jan 2021

Akhmal Nazri Selamat Bernikah 31 Disember Lalu

Wah, Jibam dah kahwin.. Tahniah!

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

22 Tahun Cari Penyanyi, Akhirnya Izzmad Harun Jadi Pilihan

Semoga lagu Bisa Pertama dapat jadi finalis di AJL 34!

Hiburan Fri, 13 Dec 2024
Hiburan Thu, 20 Feb 2025

Maruah Tercalar, Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Minta Maaf – “Saya Tak Reda & Dah Buat Laporan Polis!”

Ellie Suriaty kesal video parodi Imran Bard jejaskan reputasi didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah

Featured Wed, 23 May 2018

10 Selebriti Wanita Tempatan Berdarah Campuran Dengan Kecantikan Wajah Wow!

Lazimnya mereka yang berdarah mix ini mempunyai kecantikan wajah yang outstanding selain susuk tubuh tinggi lampai.

Featured Tue, 23 Oct 2018

Beradu Sambil Ditemani Haiwan Marin, Bilik Neelofa RM208,000 Satu Malam, Wow!

The Muraka memberikan pengalaman seolah beradu di dalam akuarium!

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

‘ Saya Ada Angin Juga, Saya Minta Maaf’ – DS Vida

Masa tu saya geram jadi itulah yang ‘tertubik’. Saya ada angin juga. Saya minta maaf…

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
error: Content is protected !!