Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 5, 2023 @ 6:20pm

Lepaskan Rindu Dunia Lakonan, Azah Aziz Tepis Dakwaan Pulang Ke Tanah Air Sebab Dicerai Suami

Pelakon dan model terkenal era 90-an, Azah Aziz mengakui sukar untuk menyuaikan diri berada di tanah air sendiri selepas berkurun lama berkelana di luar negara.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Azah berkata dia perlu menjaga penampilannya juga ketika berada di negara sendiri agar tidak terlalu menonjol.

“Bulan pertama saya di Malaysia memang sukar. Sukar untuk sesuaikan diri setelah berada terlalu lama di negara orang. Saya kena biasakan diri dengan persekitaran, masyarakat, makanan yang pada saya, baru.

“Kalau di Montreal, Kanada, tiada siapa yang memandang cara berpakaian saya. Tapi lain halnya di Malaysia, saya kena jaga penampilan agar tidak kelihatan terlalu terdedah.

“Perhatian yang saya terima di Malaysia tidak saya dapat di negara luar. Kalau terserempak dengan peminat, mereka nak bergambar dengan saya. Sebab itu, saya kena jaga cara berpakaian dan sentiasa bersedia agar tidak tular di kemudian hari,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini menepis dakwaan yang mengatakan kepulangannya ke tanah air gara-gara dicerai suaminya, Daud Leroy Abdullah.

“Yang kecam itu saya dah biasa hadap, tapi yang buat cerita ini yang saya tak faham. Saya tak nafikan, ada yang berspekulasi mendakwa saya pulang ke Malaysia kerana diceraikan suami.

“Selain itu, ada juga manusia yang buat cerita mengatakan saya balik sebab nak aktif berlakon semula.

“Saya jenis yang tak ambil pusing tuduhan orang. Cuma saya hairan macam mana mereka boleh cipta soap opera pasal saya. Apa pun semua ini saya ambil sebagai hiburan, tak sedikit pun mencalar emosi saya,” ujarnya.

Kongsi Azah lagi, emosinya juga terganggu apabila terdapat tuduhan yang melabelnya sebagai pelacur dek kerana tular foto lamanya bersama suami.

“Awal tahun ini saya kongsikan di media sosial gambar ketika awal perkenalan dengan suami yang mana ketika itu saya berusia 19 tahun dan kelihatan sangat muda dengan bentuk fizikal yang genit.

“Gambar tersebut tular seluruh dunia, sehingga ada yang melabel saya pelacur kanak-kanak dan menuduh suami saya pedopilia hanya kerana saya kelihatan seperti remaja bawah umur ketika berkahwin.

“Saya memutuskan untuk padam gambar tersebut meskipun ia menerima jumlah tontonan yang amat tinggi. Kalau komen makcik bawang saya boleh hadap, tetapi yang ini keterlaluan,” ceritanya.

Terdahulu, Azah memaklumkan dia dan keluarganya mengambil keputusan untuk kembali menetap di Malaysia selepas 20 tahun berhijrah ke Kanada.

Untuk info, Azah berkahwin dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah pada 1995 dan sejak itu dia menetap di Montreal, Kanada.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26, Ryan, 20 dan Justin, 17.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat ‘Comeback’ Selepas Dua Dekad Tak Berlakon, Azah Aziz Gemuruh… Syukur Suami Tak Halang

ARTIKEL BERKAITAN: Azah Aziz Pulang Ke Tanah Air Selepas Lebih 20 Tahun Menetap Di Kanada! – “Permulaan Yang Baharu…Anak-Anak Paling Excited”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mewahnya! Azah Aziz Kongsi Rumah Keduanya Di Dubai, Berlatarbelakangkan Menara Burj Khalifa!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Azah Aziz Catwalk Curi Perhatian, Buat ‘Comeback’ Selepas 13 Tahun – “Macam Remaja…Ini Baru Legend”

Sumber: Utusan Malaysia 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Mar 2019
Trending Fri, 8 Apr 2022

Ini 5 Ciri Khas Istimewa Aplikasi Waktu Solat Malaysia Sempena Ramadan… Wajib Download Sekarang!

Kehadiran bulan Ramadan sememangnya dinantikan oleh setiap umat Islam saban tahun kerana dalam bulan ini mengandungi keberkatan. Umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah, bersedekah, membaca al-Quran dan melakukan kebaikan kerana pada bulan Ramadan ini, ganjarannya […]

Featured Thu, 23 Jan 2025

“Jangan Berprasangka Buruk” – Netizen Gelar Hubungan Bersama Jefri Nichol Toksik, Ameera Khan Bidas Komen Jahat

“Honestly, kalau kita fikir postif, hidup kita lagi happy insyaa-Allah,” – LMK

Hiburan Thu, 18 Jul 2019

Lydiawati Kena Tipu ‘Dato’?

“Saya dapat tahu ramai lagi yang tertipu termasuk beberapa rakan terdekat yang kerugian lebih RM30,000.”

Trending Mon, 2 Mar 2020

[VIRAL] Tak Pernah Lagi Orang Tengok Anak Kena Denda Disuruh Gelek!

Ibu muatnaik video anak disuruh gelek menjadi tular di laman media sosial sebab cuteness overload.

Hiburan Sun, 14 Jul 2019

Syazwan Zulkifly Belum Sedia Jadi Suami Sebab…

Pelakon Syazwan Zulkifly memiliki sebab tersendiri melambatkan rancangan menamatkan zaman bujang.

error: Content is protected !!