Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 3, 2023 @ 9:00pm

Sudah Maafkan, Ziana Zain Tak Mahu Putuskan Hubungan Anak Bersama Bekas Suami – “Saya Tak Nak Mereka Derhaka”

Biarpun telah lama berpisah, penyanyi Ziana Zain sentiasa berpesan kepada anak-anaknya agar sentiasa menghubungi bapa mereka yang juga bekas suaminya iaitu, Amin Zaharin.

Memetik laporan Harian Metro, Ziana berkata dia tidak mahu anak-anaknya itu bersikap derhaka terhadap bapa mereka biarpun tidak lagi sebumbung.

“Saya sudah tak ada apa-apa. Anak-anak sajalah. Mereka selalu jumpa dengan ayah mereka. Saya selalu ingatkan anak-anak kalau sudah telefon ayah. Setiap minggu kena tanya ayah, apa-apa sajalah. Dia masih bapa mereka.

“Kita dengan bapa kita pun, marah tak kita? Jangan, berdosa. Saya tak nak anak-anak saya derhaka pada ibu bapa. Kita ini contoh pada mereka. Jadi, kita jangan cakap perkara negatif pasal bapa dia, berdosa saya.

“Saya nak anak-anak saya esok jadi suami dan isteri yang baik. Kalau boleh mereka berkekalan sampai akhir hayat,” katanya.

Tambah pelantun lagu Madah Berhelah itu dia enggan merenganggkan hubungan anak beranak itu malah sentiasa bersikap profesional.

“Tak ada hal. Saya pula yang tanya mereka kalau tak jumpa bapa mereka berapa bulan. Saya tak nak renggangkan anak-anak. Jangan pisahkan kasih sayang, itu anak dia.

“Tak ada masalah, saya profesional. Saya okay kalau dia nak tanya pasal sekolah anak-anak. Ini hidup saya, itu hidup dia,” ujarnya lagi

Lebih lima tahun berpisah, Ziana mengakui dia sudah memafkan Armin biarpun kenangan masih terpahat di hati.

Malah, memberitahu hati dan fikirannya kini lapang tanpa rasa dendam.

“Dari dulu pun sudah maafkan kerana kalau tak beban itu kita bawa sampai akhirat. Saya tak mahu. Saya nak hati saya lapang, fikiran saya lapang, cukup.

“Bagi saya, kenangan masih tinggal kenangan. Kita tak boleh padam. Hidup saja dengannya tapi dalam cara yang positif.

“Hidup ini, kita tak boleh terperangkap dalam masa silam. Memang kenangan akan datang sekali-sekala, itu biasa. Tapi kena buat keputusan untuk terus maju ke depan,” jelas Ziana.

Untuk rekod, Ziana berkahwin dengan Armin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang perempuan berusia 11 hingga 20 tahun.

Namun pasangan itu bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Realiti Atau Publisiti? Alina Mentor Otai Mohon Bantuan

Ramai netizen menganggap bahawa isu seperti ini agak cliche untuk dibangkitkan lagi bagi meraih undi dan populariti. Al-maklumlah bagi mereka, rakyat Malaysia mudah termakan simpati.

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

PANIK HINGGA KURUS DIBUATNYA

Masalah panik yang dialami Haiza memerlukannya rujukan daripada doktor pakar

Trending Sat, 11 Aug 2018

Muhyiddin Yassin Mungkin Cuti Lebih Lama Jalani Kemoterapi

Penyakit seumpama ini memerlukan tempoh rawatan yang panjang. Beliau akan menjalani rawatan susulan. Beliau mungkin jalani kemoterapi.

Featured Thu, 10 Aug 2023

[VIDEO] Sertai Tabligh, Perubahan Farid Kamil Mendekati Agama Buat Ramai Sebak! – “Satu Keputusan Yang Terbaik…”

Alhamdulillah, perubahan yang sangat baik ni 🥹 Semoga yang baik baik saja buat Farid Kamil 🤍

Hiburan Fri, 19 Apr 2019
LIFESTYLE Sun, 12 May 2019

Find Out Your Personality by Building Your Ideal Home in this Quiz

This may help you decide on how to (re)decorate your home too.

Hiburan Fri, 2 May 2025

Bekas Isteri Datuk Red Bongkar Kes Cakar Wanita Berlaku Pada Tahun 2009

Bekas isteri Datuk Red imbau kejadian cakar seorang wanita dalam rumah

error: Content is protected !!