Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi November 2, 2022 @ 4:38pm

[VIDEO] Peminat Teruja Siti Nurhaliza Sakan Menari Tema Bollywood Dengan Datuk K… Sweetnya!

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil cantik memakai pakaian tradisional Bollywood iaitu sari beserta aksesori lengkap.

Baru-baru ini tular sebuah video berdurasi 23 saat memaparkan Siti Nurhaliza sedang menari bersama suami tercintanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa di kelilingi khalayak ramai.

Video yang dikongsikan di akaun TikTok telah meraih perhatian ramai yang teruja melihat Siti mesra menari Bollywood meskipun nampak segan.

“Malu-malu dan sweet je TokTi,” tulisnya di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata mereka tersenyum melihat pasangan sejoli ini yang dilihat sangat menyayangi satu sama lain.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 70,000 tontonan, 1,600 tanda suka dan 116 komen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penampilan Siti Nurhaliza Pakai Busana Tradisional Masyarakat India Curi Tumpuan, Peminat Cakap Kalah Artis Bollywood

Artikel Berkaitan: “Ketemu Lagi Ya Love, Ada Rezeki Kita Bisa Satu Stage Lagi…”- Selepas 2 Tahun, Siti Nurhaliza & Krisdayanti Akhirnya Melepas Rindu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Hiburan Fri, 15 Nov 2019
Trending Tue, 11 Jan 2022

“Saya Ambil Sebab Suami” – Mengaku Sudah Lengkap 2 Dos Vaksin, Ellie Suriaty Ikut Cakap Azri Iskandar

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar mendedahkan dia sudah lengkap dua dos vaksinasi jenis Sinovac pada Oktober dan November tahun lalu. Menurut Ellie, keputusan untuk melengkapkan dua dos vaksinasi adalah kerana menghormati suaminya, pelakon Azri […]

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Trending Hari Ini Wed, 10 Jun 2020
Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Dekorasi Rumah Lebih Penting Berbanding Baju

Setiap kali menjelang raya kami memang sakan dalam hal dekorasi rumah. Orang lain akan fikir mengenai baju, tas tangan dan barang kemas. Kami pula lebih pentingkan langsir dan karpet,

error: Content is protected !!