Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain December 19, 2022 @ 3:03pm

Lancar Single Bahasa Melayu Pertama, Balan Kash Tampil Dengan Lagu Terima Kasih Gandingan Bersama Hazama

Penyanyi Rap Balan Kash tampil melancarkan single pertamanya dalam Bahasa Melayu yang berjudul Terima Kasih, gandingan bersama penyanyi rock terkenal, Hazama.

Selepas berjaya menembusi pasaran Kollywood dan dunia hiburan Tamil, Balan menganggap lagu dihasilkan oleh syarikat Cendana dan My Creative ini mampu memberi peluang baru buatnya dalam industri muzik tanah air.

Menurut Balan, lagu ini telah dihasilkan bersama Mambang dan Navin ‘Navigator’ Kumar sewaktu pandemik serta memberikan refleksi yang jujur dan nyata tentang kehidupannya.

“Bagi saya, makna lagu ini lebih besar daripada perkataan Terima Kasih itu sendiri. Lagu ini menyedarkan saya, bagaimana rasa syukur itu mampu memberikan semangat untuk terus memulakan hari dan menerima apa sahaja yang terjadi, sama ada yang baik, yang buruk, yang tinggi atau yang rendah.

“Rasa tenang ini boleh hadir dengan mudah apabila kita sering bersyukur untuk setiap perkara,” katanya.

Dalam pada itu, Hazama turut menyatakan dirinya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Balan yang mempunyai nama besar dalam industri muzik Tamil.

Bahkan, Hazama turut meluahkan rasa kagumnya dengan semangat Balan yang mahu mengetengahkan Bahasa Melayu dalam karyanya.

“Saya sudah lama mengikuti bakat Balan dan karya-karya hebatnya sepanjang kariernya. Saya teruja apabila diberikan peluang untuk bekerjasama dengan nama besar daripada industri muzik Tamil.

“Sebenarnya, banyak bakat-bakat tempatan yang kurang menerima perhatian daripada media dan orang ramai kerana mereka tidak menyanyi dan melakukan persembahan dalam Bahasa Melayu.

“Namun, kita semua adalah rakyat Malaysia dan saya mengharapkan kerjasama merentasi bahasa ini dapat diteruskan lagi,” katanya

Untuk makluman, Balan merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia sebagai seorang pemuzik rap berbakat yang serba boleh serta mampu menguasai tiga bahasa.

Setakat ini, lagu Terima Kasih ini telah dilancarkan oleh Believe Music di semua platform penstriman digital pada 16 Disember lalu.

Malah, muzik video lagu tersebut pula bakal dilancarkan di Youtube label muzik Balan sendiri, Third Eye Music, pada 20 Disember ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sat, 9 Jun 2018

Penangan Drama Nur, Sup Bunjut Mula Popular

Lepasni jangan pula korang keliru pula bila nampak sup bunjut dalam masakan, jangan ingat ‘barang’ untuk menyihir pula ya…

Trending Tue, 3 Nov 2020
Hiburan Sun, 17 Dec 2017

Elak bercinta sesama artis, Amira pilih lelaki biasa

Amira, seboleh-bolehnya dia mahukan jejaka yang bukan dalam lapangan sama.

Hiburan Wed, 14 Jan 2026

Isu Gangguan S*ksual: Firdaus Ghufran Hampir Jadi Mangsa, Mohon Keluarga Kepada Pelakon Kanak-Kanak Sentiasa Peka

Aktif di industri lakonan sejak di zaman kanak-kanak, Firdaus Ghufran mendedahkan hampir menjadi mangsa gangguan seksual.

Hiburan Sat, 3 Mar 2018

Saya Tidak Suka Tonjol Kehidupan Peribadi

Dalam masa sama, Bront juga tidak merancang untuk mewujudkan akaun media sosial untuk anaknya.

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Sulli is Back with a Brand New Reality Show!

Sulli has been quiet for a while so this upcoming appearance is something to look forward to.

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Impian Beli Rumah, Kereta Mewah Tercapai

Berkat kesungguhan dan doa dari ibu bapa, apa yang diimpikan akhirnya tercapai juga untuk membalas jasa orang tua

Trending Mon, 25 Apr 2022
error: Content is protected !!