Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 14, 2026 @ 6:34pm

Isu Gangguan S*ksual: Firdaus Ghufran Hampir Jadi Mangsa, Mohon Keluarga Kepada Pelakon Kanak-Kanak Sentiasa Peka

Isu seorang pelakon yang mendakwa pernah diliwat oleh seorang pengarah ketika masih kanak-kanak terus mencetuskan perhatian ramai.

Pelakon yang aktif di industri hiburan sejak di zaman kanak-kanak, Firdaus Ghufran, 24, mengakui dia juga pernah melalui detik yang hampir sama, namun sempat mengelak cubaan tersebut.

Memilih untuk tidak mendedahkan individu berkenaan, Firdaus mendedahkan kejadian seperti itu memang wujud dan tidak mustahil berlaku dalam industri hiburan.

“Saya bukan sekadar dengar cerita orang lain. Saya sendiri pernah berada dalam situasi terbabit, saya hampir terkena, tapi Alhamdulillah ia tidak terjadi sebab saya sempat elak. Mungkin orang itu masih ada sedikit hormat,” katanya.

Tambah Firdaus, pengawasan keluarga menjadi pelindung utama sepanjang berada dalam industri.

Menurutnya, keluarga sentiasa peka terhadap perkara yang melibatkan unsur seksual kerana isu itu sangat serius, terutama jika menyentuh kanak-kanak dan boleh dikaitkan dengan pedofilia.

“Keluarga saya memang tegas bab ini. Sebab itu saya nak pesan kepada ibu bapa yang bawa anak masuk dunia lakonan, tolong pantau dan jaga anak-anak. Ada orang sanggup buat perkara kotor tanpa fikir kesan jangka panjang,” ujarnya.

ARTIKEL LAIN: Firdaus Ghufran Dakwa Diugut, Nekad Tuntut Keadilan Di Gelanggang Tinju – “Saya Dibuli 8 Orang Termasuk Seorang Pelakon”

Firdaus turut mengakui pelakon kanak-kanak serta bakat baharu lebih mudah menjadi sasaran kerana masih polos dan belum memahami selok-belok industri.

“Mereka baru nak belajar, masih mentah dan tak tahu apa-apa. Tak patut langsung orang buat perkara macam itu kepada mereka. Mereka pun ada keluarga, ada masa depan,” katanya.

Firdaus ditemui di majlis tayangan perdana filem Mak #SalamDariSyurga di TGV One Utama, malam tadi.

Filem lakonan Firdaus yang menampilkan Datuk Fauziah Nawi, Azman Ahmad dan ramai lagi ini diarahkan oleh Hafiz Nafiah dan bakal ditayangkan di pawagam bermula 22 Januari 2026.

Firdaus juga menyentuh soal kesetiaan atau “loyalty” dalam industri yang menurutnya boleh membuka ruang kepada salah guna kuasa apabila seseorang seolah-olah diikat secara melampau.

ARTIKEL LAIN: “Dia Kunci Bilik Persalinan Sebab Nak Cabul Saya” – Firdaus Ghufran Kini Lebih Berhati-Hati

Katanya, apabila peluang kerja dan rezeki bergantung kepada satu pihak, ada individu yang akhirnya tersepit dan tidak mampu bersuara.

“Semua orang nak cari makan. Tapi bila kesetiaan itu jadi keterlaluan sampai mengikat, di situlah masalah boleh bermula. Ada yang bebas bergerak, ada juga yang terperangkap,” jelasnya.

Sebelum ini, seorang pelakon tampil membuat pendedahan mengejutkan dengan mendakwa pernah diliwat oleh seorang pengarah ketika zaman kanak-kanak, ketika aktif berlakon bagi membantu menyara keluarga.

Pelakon terbabit turut mendakwa walaupun berdiam diri selama bertahun-tahun demi menjaga hubungan kekeluargaan, trauma dan rasa dendam akibat kejadian itu masih menghantui hidupnya hingga kini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Aug 2025

Fattah Amin Kecewa Isu Fatima Jadi Sasaran Netizen – “Hubungan Keluarga Berada Dalam Keadaan Baik”

Fattah Amin menegaskan hubungan semua pihak khususnya keluarganya berada dalam keadaan baik.

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Trending Mon, 9 Jul 2018

别再被骗!六点真相证明《小叮当》大雄根本是个超级天才!

相信不少大小朋友,小时候都曾经看过漫画或是卡通版的《小叮当》吧?每次考零分的大雄都把大家骗了,六点真相证明大雄根本是个超级天才!

Hiburan Sat, 18 Oct 2025
Featured Thu, 25 Jun 2026

“Ada Yang Nilai Terlerainya Sangkar Namun Tak Pernah Tahu Mengapa Burung Memilih Terbang” – Luahan Aslam Selepas Sah Bercerai Dengan Marissa Raih Perhatian

Aslam menyorot perhatian selepas dia memuat naik luahan seolah-olah menggambarkan perasaannya pada ketika ini.

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

“Saya Tak Hirau Dan Tak Nak Ambil Tahu!” – Ibu Arwah Abam

Moga yang baik-baik sahaja buat keluarga ini.

Trending Tue, 29 Dec 2020
Featured Fri, 13 Jan 2023

Selepas 6 Tahun, Ameem Abdul Akhirnya ‘Leraikan’ Hubungan Cinta Lama Terbina

Nak lepaskan hubungan yang dah terjalin lama bukan mudah kan?

error: Content is protected !!