Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 13, 2025 @ 12:56am

Fattah Amin Kecewa Isu Fatima Jadi Sasaran Netizen – “Hubungan Keluarga Berada Dalam Keadaan Baik”

Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa kecewa terhadap dakwaan segelintir netizen yang mendakwa anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, pernah mengadu atau menunjukkan reaksi negatif terhadap neneknya, seperti yang heboh diperkatakan di media sosial, baru-baru ini.

Menegaskan hubungan semua pihak khususnya keluarganya berada dalam keadaan baik, Fattah menjelaskan panggilan video yang dimuat naik di Instagram pada Isnin lalu dirakam ketika mereka sedang keluar bersama.

“Panggilan video yang dimuat naik di Instagram dibuat semalam (Isnin), kami keluar bersama-sama.

“Anak saya tak ada mengadu atau tunjuk apa-apa reaksi negatif. Hubungan saya, Fatima, Fazura dan nenek Fatima baik-baik sahaja. Kami elok sahaja berjumpa waktu saya ambil Fatima,” katanya.

Fattah berkongsi perkara itu kepada XTRA ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi terkini dan pengumuman duta baharu jenama fesyen Amber di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Fattah berkata ibunya, Azizah Abd Ghani turut bersedih dengan isu yang diperkatakan, namun pelantun lagu Wanita Terakhir itu menasihatkan agar tidak membaca atau melayan komen buruk segelintir pihak di media sosial.

“Apabila perkara ini terjadi, sudah tentu ibu saya bersedih. Cuma saya nasihatkan pada ibu supaya tak tengok atau baca perkara macam itu.

“Macam-macam boleh diperkatakan orang, tapi kalau benda tak betul, buat apa nak terasa. Kita dah jelaskan perkara betul, tapi terpulang pada mereka untuk menilai.

“Saya akan terus bekerja tanpa henti, buat apa yang perlu untuk keluarga saya. Selebihnya kalau ada yang nak buat perkara tidak baik, saya serahkan pada Allah,” ujarnya.

Tegas Fattah lagi, dia berharap serta mengingatkan orang luar supaya tidak menyebarkan perkara negatif atau membuat andaian yang tidak benar kerana ia hanya akan mengundang fitnah.

“Saya harap orang ramai janganlah cakap perkara tidak baik sehingga buat andaian bukan-bukan. Bagi saya perkara itu tidak bagus untuk semua pihak.

“Kita buat perkara yang baik-baik. Lebih baik tulis, komen dan bercakap perkara yang positif supaya mengelakkan fitnah daripada berlaku. Jangan buat perkara yang boleh menimbulkan kebencian antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman siaran langsung memaparkan Fatima seolah-olah meluahkan rasa kurang senang kepada Fazura apabila mendakwa neneknya menyebut sesuatu yang tidak manis mengenai dirinya.

Namun Fazura dengan tenang menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perkara itu mustahil berlaku.

Selepas itu, adik kepada Fattah, Raihan Amin tampil menjawab komen netizen yang bertanya perkara terbabit dan mempertahankan ibunya dengan menolak segala tuduhan negatif yang dilemparkan di media sosial.

Terkini, Fattah memuat naik momen ceria bersama Fatima ketika keluar berjalan sambil membuat panggilan telefon kepada ibunya, selain berbincang mengenai perancangan percutian ke Tokyo Disneyland.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 sebelum berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Dec 2024

Famili Duo 4: Persembahan Energetik & Sentuh Jiwa, Shiha Zikir & Ieda Zikir Dinobatkan Juara, Bawa Pulang RM100,000!

Pasangan duo adik beradik, Shiha Zikir & Ieda Zikir rangkul gelaran juara Famili Duo musim keempat!

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Tue, 8 Oct 2019
Trending Wed, 17 Jan 2024
Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Anak Masuk Hospital, Ajak Shiro Titip Pesan Hubungan Adik Beradik Tak Akan Terputus

Perkongsian yang dimuat naik oleh pelawak Ajak Shiro berkenaan anaknya yang terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital meraih perhatian netizen.   View this post on Instagram   A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) Menerusi […]

Hiburan Mon, 10 Feb 2020

Naim Daniel Julang #AJL34 Menerusi Sumpah!

Tahniah kepada semua pemenang!

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

‘Kejoraku Bersatu’ Bawa Tuah…Apex Dinobat Juara Minggu Ke-5 Mentor Milenia 2019!

“Ini merupakan satu wake-up call untuk kesemua protege yang berada di sini. Tak semestinya anda juara minggu lepas, anda terbaik untuk minggu ini atau minggu yang akan datang. Anda semua perlu berusaha dan sentiasa merendah […]

error: Content is protected !!