Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 22, 2022 @ 5:53pm

Kadar Bayaran Tambahan Bagi Bantuan Keluarga Malaysia Kini Dinaikkan, Bayaran Fasa 2 Akan Diterima Pada…

Umum sedia maklum, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bayaran tambahan bagi bantuan keluarga Malaysia (BKM) akan dinaikkan.

Ia selepas mengambil kira kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan pada ketika ini.

Menurutnya, kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan ini terutamanya kepada golongan B40.

  • Isi Rumah = RM100
  • Individu Bujang = RM50

Penerima BKM  juga akan menerima sehingga RM500 mengikut kelayakan masing-masing dengan bantuan tunai tambahan dibayar secara one-off dalam fasa 2.

Selain itu, penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun ini membabitkan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion.

“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40, terutamanya bagi menyambut Aidiladha tidak lama lagi dan akan disalurkan seperti dijadualkan.

“Setakat ini, seramai 8.6 juta penerima BKM sudah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,500, tahun ini. Bantuan ini adalah tertinggi yang pernah diberikan mana-mana kerajaan,” katanya ketika sidang media khas yang dilakukan secara maya di Putrajaya hari.

BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40 dengan semakan status pembayaran boleh dibuat bermula Isnin ini melalui portal rasmi  bkm.hasil.gov.my.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Oct 2022

Suami Terkait Isu Gelaran ‘Datuk Palsu’, Eina Azman & Fouziah Gous Tak Beri Respons

Min pun nak tahu juga apa penjelasan selebriti kita ni….😎

Hiburan Fri, 30 May 2025
Hiburan Fri, 14 Jul 2023

Tok Ram Komen Penyanyi Perlu Buat Album, Ini Respons Aina Abdul – “Awalnya Rasa Macam Tuju Pada Saya Tapi….”

‘Kalau orang tanya mana lagu saya, sabar…. Saya tengah asah pisau’ – Aina Abdul 🔥

Cahaya Mata Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Fri, 7 Nov 2025
Kisah Viral Sun, 9 Jul 2023
Contest Tue, 25 Sep 2018
Trending Sat, 10 Nov 2018

不是帅哥也可以!男人5大特质让女生好想跟你在一起

既然称不上是大帅哥了,更要养成其他方面的魅力才行,这5个条件只要做足了,事实上也没什么好挑剔了……

error: Content is protected !!