Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Nurul Hana July 9, 2023 @ 11:39pm

Isu Dicabul Individu Lelaki, Ara Johari Ambil Langkah Berhati-Hati

Sebelum ini, penyanyi Ara Johari pernah mendedahkan nasib buruk yang terjadi pada dirinya selepas dicabul oleh seorang individu lelaki selepas persembahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Genggam Tangan & Cium Bersungguh” – Disangka Peminat, Ara Johari Dedah Dicabul Individu Lelaki

Terbaharu, ketika ditemubual Melodi, Ara sentiasa mengambil langkah berhati-hati dengan meningkat keselamatan di sekelilingnya supaya dapat mengelak hal terbabit terjadi lagi malah, dia juga meluahkan rasa trauma dan takut mahu berjumpa orang.

“Sekarang pun saya dah meningkatkan sekuriti saya. Kemana-mana saya tidak boleh seorang diri sebab saya pun jadi trauma sebab kita taktahu niat orang ke kita . Saya lebih berhati-hati.

“Saya pun hanya serahkan perkara ini kepada pihak polis dan untuk diri saya sendiri, saya semakin okay sebab sebelum ni saya agak trauma dengan kejadian tersebut. Saya jadi takut nak jumpa orang dan keluar seorang diri,” ujar Ara.

Dalam pada itu, ketika ditanyakan perasaan Ara sewaktu itu, dia meluahkan rasa terkilan dengan situasi atau kejadian tersebut.

“Saya agak terkilan sebab kita pergi buat persembahan sebab nak jumpa orang tapi yang membuatkan saya terkilan sebab kejadian ini terjadi selepas konsert saya sendiri. Bagi saya, ia agak melampaui batas sebab dia masuk dalam holding room tanpa kebenaran dan dia terus mencium tangan saya tanpa izin atau persetujuan pihak saya.

“Dia bukan cium saya dengan tanda hormat atau nak beri penghormatan tapi yang ni memang dia nampak sengaja menciumnya. Memang dia dah plan nak buat benda ni,” katanya.

Bukan itu sahaja, anak kelahiran Negeri Sembilan itu memberitahu tiada siapa daripada ahli keluarganya datang untuk meminta maaf atau menggugurkan kes terbabit.

“Tiada siapa ahli keluarganya datang minta maaf kat saya. Sejujurnya, saya tidak mahu kes ini bawa ke pihak polis tapi bila kami panggil untuk berbincang dan tanya, dia lari.

“Mungkin yang saya kena sikit je tapi mungkin dekat orang lain pernah kena diraba atau dicabul kehormatan. Lelaki dan perempuan di luar sana diminta agar berhati-hati, kalau boleh jangan ke tempat-tempat yang sunyi dan perlu berteman,” jelasnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Peminat Nak Tengok Duet Bersama Bekas Suami, Apa Komen Nourul?

Sepanjang perkahwinan mereka dulu, banyak lagu romantis sempat dihasilkan. Ternyata ramai yang rindukan paduan suara mereka sehingga kini.

Featured Thu, 10 Aug 2023

Shila Amzah Tampil Respons Isu Ibu Bapa Bercerai – “Serabut! Doakanlah Saja Mereka Bahagia”

‘Suka hati merekalah nak buat apa. Nak cari kebahagiaan masing-masing’ – Shila Amzah

Featured Wed, 14 May 2025

Kongsi Foto Graduasi Bersama Bapa, Ketampanan Anak Aziz M Osman Curi Perhatian – “Handsome Produk Abang Aziz”

Perkongsian itu mula tular selepas Putera berkongsi foto graduasi miliknya.

Trending Mon, 18 Apr 2022

Rugi RM152,500… Lelaki Didakwa Menipu ‘Bakal Isteri’

Seorang lelaki dituduh menipu seorang wanita wang tunai dan barang kemas untuk perkahwinan yang tak wujud..

Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Trending Mon, 5 Nov 2018

Pasangan Kekasih Maut Tergelincir Dari Ketinggian 245 Meter Ketika Berswafoto!

Bagaikan kisah Romeo dan Juliet, menemui ajal bersama…sedihnya!

error: Content is protected !!