Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina February 28, 2020 @ 2:05pm

“Saya Tak Hirau Dan Tak Nak Ambil Tahu!” – Ibu Arwah Abam

Kontroversi yang melibatkan keluarga Ali Puteh sering mendapat perhatian netizen sejak usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menyiarkan temu bual bersama isteri arwah, Hidayah secara langsung di media sosialnya. 

Menerusi temu bual itu juga telah mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen apabila Aliff Syukri bertanyakan isu sensitif mengenai harta pusaka kepada balu Abam.

Terbaharu, ibu kepada arwah Abam iaitu Sabariah Arshad yang ditemui media selepas tahlil Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan menerusi video Harian Metro itu mengulas lebih lanjut berkenaan isu tersebut.

Perlu Fikir Keadaan Sendiri

Jelas ibu Ali, beliau telah hilang tempat bergantung dan hanya ingin memikirkan keadaan diri sendiri memandangkan kehilangan Abam masih belumhilang lagi.

“Saya tak nak tahu apa-apa cerita pun, apa yang lebih saya fikir sekarang mengenai arwah anak yang sudah meninggal dunia itu. Sekarang, saya dah hilang tempat bergantung. Saya perlu memikirkan keadaan diri sendiri. Kesedihan yang ditanggung ini pun belum hilang lagi,” kata ibu Allahyarham Abam, Sabariah Arshad, 63.

 

“Lebih Baik Tidak Berhubung”

Jelas Sabariah, beliau tidak kisah dengan tindakan balu, Nor Hidayah Mohd Ali yang  keluar dari rumah selepas kematian Abam dan terserah kepada wanita itu untuk lakukan apa sahaja. Malah, beliau berharap untuk lebih baik tidak berhubung dengan Hidayah.

“Lantak dia lah, dia nak keluar ke, tak nak keluar ke, saya tak ada cakap apa pun. Saya tak hirau,” katanya

Dalam pada itu, Sabariah memberitahu dia hanya tahu berkenaan isu dan kontroversi yang berlegar melalui anaknya, Ali Puteh.

Semoga urusan kedua-dua belah pihak dipermudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut lihat video di bawah.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Mon, 26 Jan 2026

Ditegur Isu Laser Pada Kemaluan, Reaksi Tenang Sasha Abdul Aziz Raih Pujian Ustazah Asma Harun

Asma menyifatkan reaksi Sasha yang tidak melatah, sebaliknya memilih untuk mendengar serta memperbetulkan keadaan

Hiburan Mon, 14 May 2018

Muntah Darah Dan Pengsan, Aqish Alami Masalah Jantung

Sama-samalah kita doakan yang terbaik agar pelakon yang pernah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 dan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 ini sembuh seperti sedia kala dan terus mewarnai industri seni tanah air

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

’Cukup Buat Saya Macam Pengemis’- Bekas Isteri Cef Fikree Kecewa Kena Halau Rumah

Saya tu perempuan, awak tu lelaki. Berhenti, tolong berhenti membuli…

Hiburan Sun, 13 May 2018

Ucapan “Selamat Hari Ibu, Bakal Mertuaku” Banjiri Instagram Syed Saddiq!

“ Selamat Hari Ibu, Bakal Mertuaku,”. Amboi korang…Tak apalah, beliau pun masih bukang kan? Why not? Apapun, Good Luck, Ladies!

Hiburan Sun, 7 Oct 2018

ABPBH31: Adakah Nana Bakal Ulangi Kejayaan Tahun Lalu?

Tercalon dalam empat kategori malam ini, good luck Nana! Kalau ada rezeki, Insya Allah tak ke mana ya!

error: Content is protected !!