Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 21, 2022 @ 11:17pm

Kontroversi Gelek Di Majlis Akikah, Ifa Raziah Ikhlas Mohon Maaf – “Sepatutnya Saya Nak Buat Atas Pentas, Tapi…”

Penyanyi dangdut, Ifa Raziah akhirnya memohon maaf atas segala ketelanjuran yang berlaku.

Terpalit dengan kontroversi bergelek di majlis akikah, Ifa memohon maaf secara langsung di konsert pertama Terpaling Juara yang bersiaran di TV3 sebentar tadi.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 47, turut memaafkan semua pihak yang mengguris hatinya.

“Dengan seikhlasnya, daripada hati saya, dengan rendah diri saya memohon maaf. Kita manusia tak sempurna.

“Tak rugi saya memohon maaf kerana ia perbuatan yang mulia. Kalau kita saling bermaafan, rezeki lebih bertambah.

“Kepada yang terguris dengan kenyataan saya, kepada mereka yang tak suka tengok saya dengan ketelanjuran video-video saya, saya ingin memohon maaf.

“Saya harap perkara ini tak berpanjangan lagi. Saya terima semua kecaman. Sepatutnya, saya nak buat permohonan maaf di atas pentas selepas selesai persembahan, tapi saya tak berkesempatan, jadi saya minta maaf ketika ditemu bual di belakang,” kata Ifa.

Menganggap kontroversi yang terjadi sebagai adat resam bergelar selebriti dalam dunia hiburan, Ifa hanya mahu meninggalkan kontroversi yang tercetus.

“Ini asam garam dunia seni. Perkara ni kita kena ‘move on’, lebih bagus sebenarnya. Tak payah nak simpan dalam hati, saya pun nak memandang ke hadapan.

“Apa yang penting, saya bersyukur kerana persembahan saya di konsert pertama menyampaikan lagu Sangkar Cinta nyanyian asal Ziana Zain berjalan lancar,” katanya lagi.

Isu hangat membabitkan pelantun lagu Ser Ser Ser itu mula tercetus selepas video dirinya bergelek di majlis akikah tular di media sosial.

Kontroversi terbabit mendapat perhatian dan teguran beberapa pendakwah seperti Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustazah Asma’ Harun.

Jangan lupa saksikan Terpaling Juara yang diacarakan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 dan boleh terus strim secara langsung di www.tonton.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 17 Mar 2018

Vietnam Restaurant Preserves President Obama’s Table and Utensils!

After former President Barack Obama visited a Vietnamsee street restaurant, the restaurant decides to preserve the table and utensils that he used before!

Hiburan Sun, 8 Sep 2019

Asyik Jadi Mangsa Fitnah, Akhirnya Wan Maimunah…

Siapalah yang dengki sangat tu? Sudah-sudahlah…

Hiburan Sun, 14 Jul 2019
Hiburan Fri, 26 Apr 2019

Elfira Loy Kolaborasi Dengan Mc Vogue Keluarkan Koleksi Baju Raya

MC Vogue kini menjadi jenama tempatan yang pantas mencuri perhatian di seluruh negara dengan lebih 20 cawangan. Malah nama MC itu sendiri sebenarnya merupakan akronim kepada Muslimah Collection dan diusahakan oleh pasangan suami isteri Teff […]

Contest Fri, 8 Feb 2019

#xtra好康头 | 送你云顶名胜世界「天城室内游乐园」通行证

云顶「天城室内游乐园」蜕变登场! #xtra好康头 将免费送你通行证,让你亲自发掘一场欢乐的嘉年华会。

Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Datin Shahida Tutup IG Anak Angkat

Siapa saja yang tak ikuti perkembangan anak angkat kepada Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida iaitu Ameena di Instagram. Namun ramai yang tertanya-tanya mengapa akaun milik Ameena tidak lagi kelihatan. Terbaru, Datin Shahida mendedahkan akaun media sosial milik […]

Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Pakai Busana Bertemakan Bantal & Cadar… The Gadys Bersedia Dengan Kecaman, Berani Bergaya Unik! – “Kami Ikut Tema Acara”

The Gadys berani menyahut cabaran untuk menggayakan busana unik yang bertemakan bantal, cadar dan produk kelengkapan bilik tidur lain.

error: Content is protected !!