Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin May 14, 2018 @ 10:12am

Muntah Darah Dan Pengsan, Aqish Alami Masalah Jantung

Keberkesanan lakonan pelakon cilik ini memang tidak dapat disangkal lagi, namun siapa tahu bakatnya dan lagaknya yang lincah semasa melakonkan pelbagai watak didalam drama mahupun pementasan tidak menggambarkan bahawa Puteri Balqis Azizi atau Aqish, 11, dilaporkan mengalami muntah darah dan pengsan baru-baru ini.

Menurut ibu beliau, Norashikin Mohd Azizi  perkara tersebut telah dimaklumkan oleh doktor selepas anaknya itu melalui pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh sejak Disember tahun lepas, selepas melihat keadaan anaknya itu yang sering letih dan demam berulang kali.

Puteri Balqish alami masalah jantung semenjak Disember tahun lepas

” Kami perasan Aqish cepat letih dan demam berulang kali dalam tempoh panjang. Kami syak Aqish diserang denggi tetapi ujian darah tidak menunjukkan begitu. Sejak awal tahun lagi, hospital sudah menjadi rumah kedua kami kerana Aqish perlu menjalani pemeriksaan bagi mengesan sakitnya itu. Dan, apa yang lebih membimbangkan ialah, apabila Aqish sering muntah darah dan pengsan hampir setiap hari.” Jelasnya

Tambahnya lagi, Norashikin sempat berpesan kepada para ibu yang mempunyai anak pesakit jantung atau kanser agar selalu mengamalkan pengambilan teh basil dan daun pasli kerana menurutnya, pengambilan bahan tersebut secara konsisten mampu membantu kepada kesihatan mereka. 

Apapun, sama-samalah kita doakan yang terbaik agar pelakon yang pernah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 dan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 ini sembuh seperti sedia kala dan terus mewarnai industri seni tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Jan 2026

Terima Nafkah RM3000 ‘All In’, Rita Rudaini Ada Sebab ‘Meroyan’ – “Player JDT, Pakai Branded… Tapi Kata Tak Mampu”

Individu berkenaan mendakwa bekas suami Rita hanya memberikan nafkah berjumlah RM3,000 secara ‘all in’, kos lain termasuk pendidikan anak-anak ditanggung sepenuhnya oleh pelakon itu.

Featured Mon, 21 Aug 2023

Akui Tak Perlu Baju Pelik & Naik Lori Untuk Popular, Zainal Abidin Kongsi Foto Bersama Aina Abdul.. Netizen Kritik Sengaja Cetus Kontroversi Untuk Promosi Konsert?

Ha tak ada niat pun nak sindir Aina Abdul, baik je niii 😉‘We are good and will always be’ – Datuk Zainal Abidin

Featured Fri, 30 Dec 2022
Fab Foodies! Tue, 9 Apr 2019

Feel the Tickles When You Feast in The Laughing Fish by Harry Ramsden

Something fishy is going on in Resorts World Genting because people are laughing non-stop!

Hiburan Thu, 22 Jun 2023
Featured Mon, 10 Jul 2023
Featured Fri, 26 Nov 2021
Featured Tue, 24 Sep 2024

Lana Nodin Mengaku Suami Diganggu Lelaki Songsang?

MasyaAllah, bertuahnya Lana!❤️

Hiburan Wed, 14 Aug 2024
error: Content is protected !!