Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 22, 2024 @ 5:20pm

Titip Doa Sempena Ulang Tahun Da’i Syed, Hana Ismail Mohon Urusan Dipermudahkan – “Moga Allah Angkat Musibah Kita”

Pengacara dan personaliti televisyen, Hana Ismail kelihatan menitipkan doa dan ucapan sempena ulang tahun kelahiran suaminya yang juga pendakwah bebas, Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hana berharap agar Allah SWT mengangkat segala musibah yang menimpa keluarga kecilnya itu termasuklah mendoakan urusannya dipermudahkan.

“Happy birthday Baba Nour. Moga Allah angkat musibah kita, permudahkan urusan kita dan permudahkan urusan mereka yang membantu dan mendoakan kita. Love Umm Nour dan Lil Nour,” kongsinya.

Malah, dalam hantaran sama, Hana turut berkongsi fotonya bersama suami dan anak mereka,  Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

 

Terdahulu, Dai Syed dibebaskan selepas 21 hari meringkuk dalam penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi didengar dan diputuskan.

Dan, pada 30 Ogos lalu, Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Sebaik mendengar keputusan itu, bapa anak satu itu dilihat menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh.

Hakim dilapor menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan tersebut.

Dalam pada itu, pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah tersebut daripada tuduhan berkenaan tanpa memanggilnya membela diri.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City di Seksyen 7, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta.

ARTIKEL BERKAITAN:Berimej Botak, Dai Syed Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Rayuan Merogol

ARTIKEL BERKAITAN:21 Hari Da’i Syed Dipenjara, Hana Ismail Enggan Ulang Peristiwa Hitam Besarkan Anak Seorang Diri – “Tabik Dengan Wanita Jadi Ketua Keluarga”

ARTIKEL BERKAITAN:Dihenyak Bertubi-Tubi Dengan Kecaman Netizen, Hana Ismail Reda… Anggap Penagguhan Kes Suami sebagai ‘Pinjaman’ Masa – “Allah Maha Baik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 25 Mar 2019

6 jenis gambar kanak-kanak yang tidak patut dikongsi di media sosial

Jangan dedah anak kepada ‘pemangsa’ dalam talian.

Featured Mon, 18 Jul 2022

Naqiu Tolak Tawaran Menyanyi Jika Bukan Bersama Boboy – “Tak Adil Minta Saya Nyanyi Lagu…”

Ini baru betul ketua kumpulan yang hebat! 👏🏻 Naqiu kata nak tebus semula peluang Boboy yang hilang 15 tahun dahulu. Yass, Min suka lagu Episod Cinta 🤩👏🏻

Kes Mahkamah Mon, 8 Dec 2025

Azlan Komeng Didakwa Muflis, Nilam Ortiz Bukan Warganegera… Cik Pia Tuntut Tarik Balik Saman & Mohon Jaminan Kos RM75,000

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Norsufia Johari atau lebih dikenali sebagai Cik Pia memohon mahkamah mengenakan jaminan kos berjumlah RM75,000 terhadap pelakon Azlan Komeng dan isteri, Nur Nilam Ortiz susulan tindakan saman fitnah yang difailkan […]

Hiburan Mon, 26 Sep 2022

Tidak Beri Nafkah Anak 10 Tahun, Cliff Umar ‘Lari’ Untuk Ditemubual Media

Hmm kesian anak-anak.. Semoga segala urusan boleh diselesaikan dengan baik

Featured Mon, 19 Aug 2019
Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Mon, 28 Apr 2025

Aazief Khalid Akhirnya Selamat Bertunang

Majlis pertunangan itu diadakan dalam satu majis tertutup.

Hiburan Mon, 17 Jul 2023
error: Content is protected !!