Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 18, 2022 @ 5:47pm

Naqiu Tolak Tawaran Menyanyi Jika Bukan Bersama Boboy – “Tak Adil Minta Saya Nyanyi Lagu…”

Penyanyi Naqiu, 36, memaklumkan dia akan tidak akan menerima tawaran menyanyi sekiranya tidak dapat membawa satu band untuk membuat persembahan bersama.

Menurut vokalis Boboy itu, lebih 21 tahun dalam industri, kumpulan terbabit jarang berpeluang untuk membuat persembahan atas satu pentas yang sama, dipercayai atas stigma segelintir pihak penganjur yang menganggap kos akan bertambah sekiranya membawa band.

“Kalau panggil seorang atau ramai harganya tetap sama sebab yang nyanyi pun lagu Episod Cinta daripada Boboy kan, tapi ramai penganjur yang menyangka bila panggil band akan makan kos banyak.

“Saya dah cakap dengan dua manager saya, saya tidak akan menyanyikan lagu Boboy tanpa Boboy. Itu dah kira salah guna.

“Saya sangat sedih sebab orang panggil saya untuk menyanyi lagu Boboy, tapi bukan dengan Boboy.

“Saya tak ada masalah untuk menyanyi dengan musicians lain, tapi bagi Boboy perform sebagai satu band untuk lagu Boboy,” ujarnya.

Naqiu berkata Boboy tidak menghilang, namun hanya ‘menyepi’ selama hampir dua dekad ini kerana difahamkan tidak diberi peluang untuk membuat persembahan sebagai sebuah band.

“Saya dah pendam selama 15 tahun, kami tak pernah dapat peluang untuk hidup dan bermain sebagai sebuah band.

“Saya nak cuba tunaikan perkara yang kami tak pernah dapat dulu iaitu perform sebagai sebuah band.

“Kalau untuk menyanyikan lagu Boboy, saya tak akan pergi tanpa Boboy. Itu adalah syarat saya. Saya bukan orang cerewet, saya ada prinsip iaitu apabila Naqiu is Naqiu dan Boboy is Boboy,” jelasnya.

Naqiu berkata demikian ketika ditemui pada sesi santai dan dengar lagu terbaru Boboy berjudul Tetap Bersama di ibu kota baru-baru ini.

Mengulas mengenai lagu terbaharu Boboy selepas dua dekad, Naqiu selaku ketua kumpulan berkata lagu ‘pop leleh’ itu adalah hadiah bagi mengubati kerinduan dan penantian para peminat selama ini.

“Lagu ‘Tetap Bersama’ ini diterbitkan dengan mengekalkan elemen atau signatur lagu-lagu lama kami. Secara tak langsung, lagu ini dekat dan relevan dengan peminat.

“Kami tidak mahu identiti dan memmori yang melekat tentang jenama dan perjuangan bOboy berubah hanya kerna kami mahu mencuba sesuatu yang baru untuk projek ‘reunion’,” katanya.

Anggota Boboy terdiri daripada Naqiu (vokalist), Shah (gitar utama), Didi (bass) dan Dzul (drum).

Lagu ‘Tetap Bersama’ hasil ciptaan Naqiu dan lirik oleh Wit dan Mohsen boleh didengari di semua platform penstriman digital bermula 22 Julai 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Sep 2018

「技术性失误酿火灾」林德荣:受伤演员九成是老人家【内附视频】

监製林德荣、黄罕铭导演的贺岁片《大地回春》昨日拍摄期间因技术性失误酿成火灾,导致戏中22位演员受伤入院;林德荣和黄罕铭针对此事於今日在双威医院召开了记者会,交代意外的来龙去脉。

Featured Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Mawar Rashid Timang Anak Perempuan, Tahniah!

Alhamdulillah, mesti cute macam mama dia kan?

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Pasangan Selebriti Terkenal Indonesie SAH Bercerai Hari Ini

Gading dan Gisel bernikah pada 15 November 2013 di Bali dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Gempita Noura Marten.

Featured Tue, 9 Aug 2022

“Terima Kasih Kerana Mendoakan. Saya Dah Fikir Semasak-Masaknya” – Elyana Perjelas Isu Tak Berhijab

“Dulu, saya sangat mementingkan jiwa dan hati orang. Sekarang, saya akan melakukan apa yang saya rasa terfikir nak buat“ – Elyana

Hiburan Tue, 12 Aug 2025

Rezeki Sentiasa Mengalir, Mira Filzah Berhabis RM8,000 Sebulan Suka Belanja Makanan Di Set Penggambaran

Mira Filzah murah rezeki, belanja makanan di set penggambaran cecah RM8,000!

Trending Mon, 22 Aug 2022

“Itu Perkara Normal” – 15 Tahun Dalam Industri, Yuna Lali Dikecam

Nama Yuna memang tidak asing lagi dalam dunia seni, bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara penyanyi berusia 35 tahun itu sering menjadi tumpuan peminat. Memetik laporan mStar penyanyi yang berpangkalan di Amerika Syarikat […]

error: Content is protected !!