Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Afiq Kandi December 8, 2025 @ 1:26pm

Azlan Komeng Didakwa Muflis, Nilam Ortiz Bukan Warganegera… Cik Pia Tuntut Tarik Balik Saman & Mohon Jaminan Kos RM75,000

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Norsufia Johari atau lebih dikenali sebagai Cik Pia memohon mahkamah mengenakan jaminan kos berjumlah RM75,000 terhadap pelakon Azlan Komeng dan isteri, Nur Nilam Ortiz susulan tindakan saman fitnah yang difailkan mereka.

Permohonan itu disahkan oleh peguamnya, Datuk Adnan Seman dari Tetuan Adnan Sharida & Associates yang memaklumkan ia telah difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Disember 2025.

Menurut peguam, jaminan kos dimohon atas faktor risiko yang melibatkan kedua-dua plaintif.

Nur Nilam, plaintif pertama merupakan warganegara Thailand dan berpotensi meninggalkan negara pada bila-bila masa.

Azlan, plaintif kedua, telah diisytiharkan bankrap, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kemampuan kewangan sekiranya keputusan kes memihak kepada defendan.

Dalam masa sama, pihak Cik Pia turut memohon agar writ saman dan pernyataan tuntutan Azlan dibatalkan.

Ini kerana Azlan didakwa memfailkan tindakan tersebut ketika masih berstatus bankrap yang belum dilepaskan (undischarged bankrupt), tanpa memperoleh kebenaran bertulis Ketua Pengarah Insolvensi, sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang.

Saman fitnah itu difailkan oleh Azlan dan Nur Nilam pada Ogos lalu selepas mendakwa Cik Pia mengeluarkan kenyataan yang bersifat fitnah, provokatif, manipulatif serta mengandungi unsur buli siber di media sosial.

Kenyataan tersebut didakwa memberi kesan emosi kepada Nur Nilam, lebih-lebih lagi ketika dia sedang hamil.

Pada 7 November lalu, pasangan itu turut memperoleh perintah injunksi inter partes daripada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang menghalang Cik Pia daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan mereka.

Prosiding bagi saman fitnah ini dijadualkan untuk mula dibicarakan pada 13 dan 14 Jun tahun depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Saya Belum Layak Bergelar Jutawan – Shuib Sepahtu

Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu berasa takut digelar jutawan hanya disebabkan ada beberapa jenis bisnes. “Siapalah saya ni, hanya penyampai radio dan makan gaji. Buat bisnes pun biasa-biasa saja, kadang kala untung dan rugi. […]

Events Wed, 9 Jan 2019

HAHA Dan Kim Jong Kook Buat Konsert Di Malaysia?

Haa, apa tunggu lagi peminat Sparta dan HAHA jangan menangis pula kalau tak dapat pegi konsert ye. Kami dah tolong war-war kan ni!

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Featured Thu, 2 Apr 2026

Gayong 2 Kembali Dengan Skala Lebih Besar & Emosi Lebih Mendalam

Gayong 2 bukan sekadar mengangkat perjalanan seorang guru silat, sebaliknya menyelami sisi lain kehidupan Meor Abdul Rahman

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Fri, 23 May 2025
Kisah Viral Sun, 9 Jul 2023
error: Content is protected !!