Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 29, 2022 @ 11:27am

[VIDEO] “Tak Nak Tukar Dengan Saya?” – Lawak Imam Nikah Raih Perhatian, Ini Reaksi Sebenar Safawi Rasid

Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rasid dan pempengaruh, Syifa Melvin akhirnya selamat bergelar pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada majlis tertutup yang diadakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada malam Isnin.

Pasangan ini juga telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Khairil Nizam yang berwakil walikan bapanya, Amirul Melvin Abdullah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

 

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna memuat naik rakaman yang memaparkan Syifa dan Safawi ditanya adakah mereka sudi menerima pasangan masing-masing sebelum Khairil Nizam sempat berseloroh untuk menggantikan tempat Safawi.

“Muhammad Safawi Bin Rasid dan juga Nur Syifa Athirah Binti Amirul Melvin adakah kedua-duanya bersetuju dengan perkahwinan pada hari ini?

“Nur Syifa Athirah Binti  Amirul Melvin adakah bersetuju berkahwin dengan Muhammad Safawi Bin Rasid? Betul ye, sungguh…Alhamdulillah. Memang pilih dia ye? Tak nak tukar dengan saya…” katanya.

Bagaimanapun, Khairil menjelaskan itu hanyalah sekadar gurauan bagi menghilangkan rasa gemuruh pengantin lelaki sebelum majlis akad nikah dilaksanakan.

 

Sehingga kini perkongsian tersebut telahpun mencecah lebih 2 juta tontonan, 171,000 tanda suka dan lebih 800 komen diterima sejak ia dimuat naik.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah buat kedua mempelai malah tidak kurang juga yang terhibur melihat aksi tok kadi menyakat pengantin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Sep 2023

“Kami Kembali Rujuk Pada 31 Ogos Lalu” – Farid Kamil

Alhamdulillah! Jodoh masih kuat! Semoga berbahagia FK & DD

Featured Wed, 7 Sep 2022
Trending Tue, 17 Mar 2020
Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Hiburan Fri, 31 May 2019

小东生日愿望成真!东于哲出道十年上海首开个唱

郭晓东生日愿望成真!东于哲出道十年,在上海首开个唱。

Featured Fri, 20 Oct 2023
Featured Tue, 24 Sep 2019

Malu dengan perut buncit? Hilangkannya dengan senaman ini

Lakukan dengan konsisten, pasti nampak perubahannya!

error: Content is protected !!