Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas March 28, 2018 @ 4:55am

Ziana Zain sudah ‘move on’!

Begitu kuatnya semangat Siti Roziana Zain atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain, 49,  walau pun dilanda kemelut rumah tangga berikutan kes suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, belum selesai.

Setekat ini Ziana sudah dua kali muncul menghiburkan khalayak ramai di mana malam semalam plantun lagu ‘Korban Kasih’ ini hadir untuk menjayakan rakaman program ‘Konsert Dimensi Lagenda Raya’ di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

 

Kali pertama ialah semasa Ziana  muncul dalam sebuah majlis pada awal Mac lalu di mana beliau terpaksa berhenti sejenak ketika menyampaikan lagu ‘Puncak Kasih’. Jom kita throwback sikit cerita itu, Klik link ini –  https://bit.ly/2Gy5Ju9

Ziana memberitahu, dia  perlu  kuat dan meneruskan kehidupan yang telah direncanakan oleh Allah.

Saya perlu kuat kerana ini adalah periuk nasi saya. Tuhan itu maha kaya dan saya percaya setiap perancangannya pasti ada hikmah yang menanti,” ujar Ziana sewaktu menjawab persoalan BH Online terhadap keberaniannya berdepan khalayak ketika kisah peribadinya masih menjadi perbualan hangat.

Melihat pada ‘teaser’ yang dimuat naik sendiri oleh Ziana dalam Instagramnya kelihatan kakak kepada penyanyi yang tidak kurang hebatnya, Anuar Zain, ini sudah move on.

Sambil menyifatkan kes yang dihadapinya sangat sensitif waima masih membabitkan prosiding mahkamah, Ziana memohon diberikan ruang agar persoalan rumah tangganya tidak dibincangkan bagi menjaga hati banyak pihak.

“Pihak saya dan dia (suami), masing-masing perlu ruang dan masa untuk berfikir. Saya ada benda yang perlu dibuat, begitu juga dirinya, “ ulas penyanyi lgu ‘Putus Terpaksa’ ini.

Armin dan Ziana berkahwin pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata  iaitu Muhammad Aiman, 19,  Muhammad Ammar, 14; serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, .

Kemelut rumah tangganya mula menarik perhatian netizen apabila  Armin ditahan polis pada 2 Mac lalu ekoran laporan dibuat Ziana sendiri pada 27  Februari  berkaitan dakwaan mencederakan anak.

Armin kini dibebaskan dengan ikat jamin selepas dua hari  bermalam di dalam lokap.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Feb 2018

PRINCHIQY DINZLY MOHON MAAF, AKUI TERLAMPAU ASYIK TENGOK ALTIMET?

Selepas pelbagai kontroversi timbul akibat dakwaan mahu menceroboh persembahan Altimet semasa Anugerah Juara Lagu 32 lepas, akhirnya Iqram tampil memberikan penjelasan berkaitan isu tersebut

Hiburan Wed, 15 May 2019

‘Tugas Saya Bukan Buka Aib Restoran’- Naz Rahman JJCM

Dalam perkembangan lain, Naz turut berkongsi program JJCM juga bakal memasuki musim baharu bermula Oktober depan.

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Selamat Datang Ke Kuala Lumpur, Mariah Carey! Korang Dah Beli Tiket Ke Belum?

Mesti gempak kan konsert tu nanti? Mariah Carey kot! Korang dah dapatkan tiket ke belum?

Featured Tue, 14 Feb 2023

Bekas Isteri Dedah Insiden Dimarahi, Dicederakan Radhi OAG – “Tak Perlu Nak Selfie Peluk Sebab Dah Bercerai…”

Sampai macam tu segala.. Semoga semua perkara dapat diselesaikan dengan segera

Trending Hari Ini Wed, 3 Jun 2020
error: Content is protected !!