Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 25, 2024 @ 2:33pm

“Doakan Yang Terbaik Buat Kami, Daddy Will Always Love You”- Kongsi Foto Isteri & Anak, Fattah Amin Bikin Netizen Sebak

Selepas perbicaraan kes bagi permohonan cerai yang telah difailkan isterinya yang juga pelakon jelita, Fazura di Mahkamah Tinggi Syariah Petaling pada Rabu, pelakon Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian.

Menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram, Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, kelihatan berkongsi foto isteri dan juga anaknya.

Malah, menerusi ruangan kapsyen, Fattah sempat memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Selain, memaklumkan bahawa foto berkenaan adalah foto terakhir yang diambil bersama anak dan isterinya.

“Doakan Yang Terbaik Buat Kami. Apapun jadi, Daddy Will Always Love You. #lastpicturetaken #fattzuralovelife,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen berasa sebak dengan perkongsian foto berkenaan sekaligus menitipkan doa dan berharap agar urusan rumah tangga pasangan ini dipermudahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

 

Sebelum ini, Fattah ketika ditemui usai perbicaraan kes mengaku, bahawa dia masih menyayangi isterinya, aktres Nur Fazura.

Bahkan, masih menganggap ada sinar untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Tambah pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu, segala ujian yang melanda rumah tangganya seperti yang tular adalah ketentuan Ilahi.

“Apa yang terjadi sudah takdir Ilahi. Tiga perkara yang perlu yakin adalah jodoh, ajal dan rezeki.Semua itu Allah sudah atur dan tetapkan bagaimana jalannya.

Dalam pada itu, Fattah memaklumkan, dia sempat berjumpa dengan anaknya, Nur Fatima pada Selasa.

“Semalam (Selasa) saya sempat berjumpa Fatima.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas mengenai dakwaan berlaku curang dan bilakah kali terakhir menghubungi Fazura, Fattah enggan memberi komen lanjut.

Terdahulu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

Pada 13 September lalu, Fazura dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap suami, aktor Fattah Amin.

Bagaimanapun, Fattah memaklumkan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Fattah berkata, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

Sementara itu, Fazura pula memilih mengunci mulut mengenai perceraian yang difailkan itu.

Untuk info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Mar 2023

Puteri Sarah Dedah Anak Tahu Konflik Rumah Tangga Dari Youtube -“Dia Tak Terus Tanya Dengan Saya…”

Sebaknya min😰 Anak-anak mesti sedih tapi tak reti nak express😳

Featured Wed, 2 Nov 2022

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian Usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) sering menjadi perhatian warganet kerana sering tampil dengan fesyen yang unik dan berani, malah ada yang melabelkan […]

Hiburan Sun, 2 Feb 2020

Selepas 12 Tahun Menyulam Cinta, Isyana Sarasvati Nikahi Doktor

Sama cantik, sama padan bagai pinang di belah dua.

Hiburan Wed, 8 Aug 2018

韩男偶像飙五月天歌「网友听到起鸡皮」

韩国男子组合VIXX主唱KEN,日前透过微博PO出一支影片,他一人飙唱天团五月天的《后来的我们》,到中间高潮处连飙4段高音,让网友听了鸡皮疙瘩狂掉。

Hiburan Tue, 18 Dec 2018

Elly Mazlein Sudah Dilamar?

Laman Instagram Elly turut dipenuhi dengan ucapan hari jadi daripada peminat yang gembira dan berharap idola ramai ini segera naik pelamin.

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

Sebak Kenang Perjalanan Hidup, King Coco Syukur Kini Lebih Tenang Dengan Keluarga & Bisnes Baharu – “Nick Mikhail Lelaki Yang Tepat”

Selepas sekian lama menyepi, King Coco kini lebih tenang & bahagia menjalani kehidupan sebagai isteri kepada pelakon dan usahawan Singapura, Nick Mikhail Razak serta mula berjinak dalam bisnes.

error: Content is protected !!