Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 21, 2026 @ 7:12pm

Sebak Kenang Perjalanan Hidup, King Coco Syukur Kini Lebih Tenang Dengan Keluarga & Bisnes Baharu – “Nick Mikhail Lelaki Yang Tepat”

Selepas sekian lama menyepi, personaliti media sosial, King Coco mengakui dirinya kini lebih tenang dan bahagia menjalani kehidupan sebagai isteri kepada pelakon dan usahawan Singapura, Nick Mikhail Razak.

Malah, Coco yang kini sudah berjinak sebagai usahawan itu tidak dapat menahan sebak ketika berucap pada majlis pelancaran IAmCoco.

Menurut Coco, momen tersebut mengingatkan dirinya kepada perjalanan hidup yang penuh dengan pelbagai cabaran dan kecaman yang pernah dilalui sebelum ini.

“Saya rasa sangat sebak. Kalau tengok perjalanan saya dalam media sosial, terlalu banyak perkara yang berlaku. Banyak kecaman dan macam-macam lagi.

“Tetapi dalam tempoh tiga atau empat tahun kebelakangan ini, saya rasa lebih tenang. Bila akhirnya kita dapat capai ketenangan itu, rasa sebak untuk berkongsi dengan semua orang,” katanya kepada XTRA.

@xtra_my Inilah penampilan terbaharu King Coco ❤️ Makin jelita, lama tak dengar cerita baharu dia kan? 😻 Melancarkan produk IAmCoco, pempengaruh ini kini bahagia bergelar isteri kepada pelakon dan usahawan Singapura, Nick Mikhail Razak. #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Coco ditemui di majlis pelancaran produk IAmCoco yang berlangsung di W Hotel, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Ditanya mengenai kehilangan dirinya daripada perhatian ramai sejak beberapa tahun lalu, Coco berkata dia kini lebih mengutamakan kehidupan berumah tangga selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

“Saya sebenarnya sibuk menguruskan kehidupan sebagai isteri. Seperti yang ramai tahu, saya sudah berkahwin kali kedua dengan Nick dan sekarang lebih fokus kepada keluarga serta suami,” katanya.

Dalam masa sama, Coco tidak menafikan ramai melihat dirinya kini berada di samping lelaki yang tepat, merujuk kepada layanan dan perhatian yang diberikan Nick terhadap dirinya.

“Memang saya akui, saya berada di tangan yang tepat. Tetapi saya tak pernah kata perkahwinan kami sempurna seperti dalam cerita dongeng.

“Ada hari dia kuat dan saya lemah, ada hari saya pula yang lebih kuat. Apa yang penting, kami saling menerima kekurangan masing-masing dan mungkin itu yang membuatkan hubungan kami terus kukuh sehingga hari ini,” katanya.

@nickmikhailthe300 Throwback beraya with my queen. I have met many but only you can me see sense ans loyalty towards a woman. #meandcoco ♬ original sound – TuanNickMikhail

Selain berkongsi kisah kehidupan peribadi, King Coco turut memperkenalkan produk minuman IAmCoco yang lahir daripada pengalaman dirinya sendiri selepas melahirkan anak.

Menurutnya, produk tersebut bukan sahaja membantu dari segi penurunan berat badan, malah memberi semula keyakinan diri kepada wanita.

“Produk ini untuk mereka yang kurang keyakinan diri. Kadang-kadang bila badan berubah, kita mula rasa tak cantik dan hilang keyakinan.

“Saya sendiri pernah melalui fasa itu selepas bersalin apabila berat badan mencecah 66 kilogram. Dari situlah tercetusnya idea IAmCoco kerana saya mahu semua orang rasa yakin dan bangga dengan diri sendiri. Saya dah mencuba sendiri dan syukur Alhamdulillah, saya kini semakin yakin,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Mar 2019

10,000 Penonton Penuhi Axiata Arena Bukti Siti Nurhaliza Belum Hilang ‘Bisa’

Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour yang berlangsung malam tadi menyaksikan hampir 10,000 peminat membanjiri ruangan tempat duduk stadium Axiata Arena Bukit Jalil. Penyanyi nombor satu negara itu turut menyanyikan lebih 30 buah lagu […]

Featured Tue, 26 Jul 2022

[VIDEO] Filem Mat Kilau Raih RM90 Juta, Ini Ucapan Puteri Sarah Pada Suami – “Tahniah Mohd Syamsul, Saya Tahu…”

Kagumnya min dengan Puteri Sarah ni, meski rumah tangga dilanda badai masih bangga dengan pencapaian suami.

Featured Fri, 26 May 2023
Hiburan Mon, 29 Jan 2018

FASHA VIDEO CALL SIAPA TU?

Fasha kelihatan menutup wajah lelaki tersebut dengan kata-kata berbunyi “You make me happy when sky are gray. Please dont take my sunshine away

Featured Thu, 26 Jan 2023
Trending Wed, 22 May 2019
Hiburan Tue, 15 Apr 2025
Featured Sun, 14 Aug 2022
error: Content is protected !!