Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 31, 2023 @ 10:34pm

[VIDEO] Tom Hampir Hanyut Dibawa Arus Ombak, Fuad Bergegas Selamatkan Kekasih – “Tak Pandai Berenang, Tapi Sebab Cinta & Sayang….”

Pasangan selebriti, Fuad Rahman dan Tom sering menjadi perbualan hangat di media sosial dek aksi mesra bersama sehingga didakwa telah berkahwin.

Terkini, menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok, Fuad dan Tom sedang berada di sebuah pulau dan sibuk mempelajari aktiviti air, papan luncur.

Berdasarkan video tersebut, Fuad berkata Tom hanyut di laut namun akhirnya diselamatkan oleh kekasihnya itu.

“Saya hanyut. Ombak sangat cantik tetapi arus air sangat kuat,” katanya sambil menunjukkan lokasi mereka hanyut dari hujung kanan laut ke hujung kiri laut.

“Nasib baik Fuad ada datang dekat Tom,” tambah Tom.


Dalam pada itu, Fuad berkata atas perasaan kasih dan cinta terhadap Tom dia sanggup bergegas menyelamatkan kekasihnya meskipun tidak mahir berenang.

“Ha itulah nasib baik saya ada. Saya dah risau tengok dia tak bergerak. Aku berenang bukan pandai sangat, tapi bergegas lari selamatkan Tom. Sebab sayang dan cinta punya pasal, kita selamatkanlah kekasih bini aku ni,” ujar Fuad.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen bertanya sama ada mereka telah bernikah atas aksi mereka dan disyaki bercuti bersama.

Namun begitu, sehingga ini masih tiada sebarang respons daripada pihak mereka berhubung dakwaan tersebut.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 91,000 tontonan, 700 tanda suka dan 140 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Feb 2019
Trending Mon, 19 Aug 2019

IZ*ONE’s Under Fire For Using Mosque as Aesthetics at KCON LA

IZ*ONE’s management really need to handle things better!

Featured Thu, 25 Aug 2022

Tauke Cili Berjaya, Ella Bersyukur Dilantik Sebagai Figura Peladang

Alhamdulillah tahniah! Ella rasa Ella sukaaa..

Hiburan Wed, 22 Oct 2025
Hiburan Fri, 1 Nov 2019
Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Fizz Fairuz Tolak Pelakon Baharu?

Betul ke ni Datuk tiada ‘rasa’?

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Dj Lin Nak Bersara?

Ala…kenapa pula ni?

error: Content is protected !!