Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 9, 2022 @ 4:15pm

Kongsi Foto Beri Takzirah Dalam Masjid, Ustaz Dusuki Persoal ‘Tauliah’ Anwar Ibrahim? Netizen Tampil Bersuara!

Umum mengetahui bahawa nama Ustaz Ahmad Dusuki antara yang tersenarai dilarang memberi ceramah di Pulau Pinang kerana tidak mempunyai tauliah.

Terbaru, Ustaz Ahmad Dusuki memuat naik hantaran berupa beberapa keping foto di Instagramnya yang memperlihatkan ahli politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti sedang memberi takzirah kepada jemaah masjid yang hadir.

Menerusi hantarannya itu, Ustaz Dusuki dilihat mempersoal adakah Anwar memiliki tauliah untuk memberi ceramah di dalam masjid.

“Saya antara nama yang di senarai nama yang di larang berkuliah di Pulau Pinang oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebagaimana di sebar di media massa di sebabkan saya tidak ada TAULIAH katanya.

“Manakala hamba Allah ini pula? Ada tauliah jugakah? Saya menunggu jawapan dan tindakan dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang,” ujarnya.

Namun begitu, Ustaz Dusuki menyatakan bahawa dia mengharamkan ahli keluarga dan keturunannya untuk mengundi Pakatan Harapan sebagai penutup kata.

“Haram keluarga saya dan keturunan saya mengundi PH kali ini! Noktah…,”tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, ada segelintir warganet tampil menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim di masjid itu bukanlah untuk memberi ceramah namun singgah untuk menunaikan solat Maghrib.

Susulan itu, ramai warganet terkilan dengan tindakan Ustaz Dusuki dan memintanya untuk bersangka baik sesama umat Islam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Nov 2018

4 Perkara Yang Menunjukkan ‘Period Pain’ Anda Tidak Normal

Jika anda mengalami tanda-tanda ini, segeralah berjumpa doktor!

Featured Thu, 21 Jun 2018

Jangan Panas Nasi Berulang Kali Kalau Tak Nak Kesan Sampingan Pada Kesihatan

Nasi yang dipanaskan berulang kali mungkin boleh mendatangkan mudarat pada tubuh badan.

Hiburan Tue, 16 Oct 2018

Gagal Gugur Tuduhan, Farid Kamil Dibicara Bermula 27 November

Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari, 37, untuk menggugurkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya. Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes di hadapan […]

Hiburan Sun, 16 Oct 2022
Featured Mon, 13 Jun 2022

[VIDEO] “Terbaik Pejuang Islam Al-Quds..” – Akibat Dedah Aurat Paha, Segmen ‘What Is On The News Today?’ Kini Makan Diri Caprice?

Sesuai dengan peribahasa ‘Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia yang Lebih’ ke ni gais? 🤔🤔🤭

Featured Fri, 25 Aug 2023

[VIDEO] Didakwa Buat Hidung, Ini Respons Diana Danielle – “Saya Ada Insecurities Dengan Diri…”

‘Saya tak rasa saya perlu explain atau justify’ – Diana Danielle. Hmmm Dee dah cantik sangat pun insecure jugaa 😭

Featured Sat, 12 Jul 2025

Ameera Khan Tegur Netizen ‘Bitter’ -“Kadang-Kadang Saya Mahu Menampar Muka Anda, Tapi…”

Ameera mengaku dia juga mempunyai tahap kesabaran seperti orang lain.

Featured Tue, 13 Aug 2019
error: Content is protected !!