Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 16, 2018 @ 8:00pm

Gagal Gugur Tuduhan, Farid Kamil Dibicara Bermula 27 November

Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari, 37, untuk menggugurkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Mahkamah kemudiannya mengekalkan tarikh perbicaraan selama lima hari bermula 27 November depan.

Dalam pada itu, aktor filem J Revolusi ini berkata dia akan menghantar representasi kedua secepat mungkin.

“Kita terima keputusan yang telah ditetapkan dan perbincangan akan dilakukan bersama peguam saya untuk mengemukakan representasi untuk kali kedua,” katanya.

Pada 16 Jan lalu, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Farid didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Ashraf Ahmad, 35, seorang eksekutif akaun syarikat swasta dan Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24, seorang anggota polis.

Bagi pertuduhan ketiga, Farid dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Muhammad Nizam sebagai seorang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas sebagai pegawai polis dengan niat menghalang beliau menjalankan tugasnya yang sah di sisi undang-undang.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa berkelakuan tidak senonoh di dalam balai polis dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan kepada Muhammad Nizam.

Manakala pada 25 Jan lalu, Farid turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menggunakan dadah jenis tetra hydrocannabinol atau THC. – BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Apr 2018

Gambar Dah Padam, Saya Tak Sedar – Ismail Izzani

Ismail ketika dihubungi hari ini memberitahu, sudah memadamkan gambar terbabit dari akaun media sosialnya.

Featured Mon, 14 Jul 2025

“Tolonglah! Jangan Kaitkan Nabila Huda” – Shila Amzah

Shila sekali lagi menegaskan Abil tiada kaitang dengan isu tular.

Featured Sat, 28 Jan 2023
Hiburan Thu, 16 Nov 2017

FARAH MENDOZA DIBANTAI 7 LELAKI?

Farah sekali lagi menjadi bualan apabila Micheal Ang pula membuat kenyataan berbaur amaran menyifatkan Farah mempunyai bad attitude dalam produksinya berhubung rakaman adegan cium antara Fattah Amin dan Janna Nick yang dikecam teruk oleh netizen.

Hiburan Fri, 29 Nov 2024

Simpati Dengan Nasib Mangsa Banjir, Fattah Amin Beri Peluang Peminat Kirim Doa

Berada di Tanah Suci, Fattah Amin ingat mangsa banjir

Hiburan Mon, 31 Jul 2023
error: Content is protected !!