Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 13, 2023 @ 8:13am

AJL 37: “Persaingan Sengit… Terus Hidup Dapat Lebih 2 Markah Berbanding Satu Malam Di Temasek” – Ketua Juri, Datuk Mokhzani Ismail

Ketua Juri Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37), Datuk Mokhzani Ismail mendedahkan persaingan sengit berlaku antara lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul dan Satu Malam Di Temasek nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne.

Menurut Mokhzani, Terus Hidup bersaing rapat dengan Satu Malam Di Temasek namun apa yang memisahkan mereka sebagai juara dan naib juara adalah persembahan vokal.

ARTIKEL BERKAITAN: Tepati Ramalan! Terus Hidup Dinobat Juara, Ini Keputusan Penuh AJL 37

ARTIKEL BERKAITAN: “First Class Performance, Showmanship Power!”- Satu Malam Di Temasek Nyanyian Joe Flizzow & Sona One Dipuji Mantap, Siti Nurhaliza ‘Claim’ Calon Bakal Bawa Pulang Gelaran Juara AJL 37

“Malam ini kita dapat lihat dua lagu yang sangat dekat beza markah mereka iaitu Terus Hidup dan Satu Malam Di Temasek. Apabila permarkahan dibuat menerusi melodi, ia ada pada Terus Hidup, manakala kreativiti pula ada pada Satu Malam Di Temasek.

@xtra_my Wah, Aina bestnyaaaa vokal Aina! Sedapppp! 🥹🥹 Jangan lupa saksikan #AJL37 jam9 malam ini secara langsung di TV3 dan strim langsung HD hanya di Tonton. #AJL37 #dimensimuzik #alhaalfa ♬ original sound – XTRA

“Namun, kedua-dua lagu mempunyai kekuatan pada lirik dan juga vokal. Tapi kami melihat kekuatan vokal dalam dua medium, iaitu vokal dalam album dan juga vokal atas pentas AJL 37.

“Tatkala Aina dinobatkan sebagai Vokal Terbaik, ia adalah antara faktor yang mengangkat ia menjadi juara dengan kelebihan sebanyak dua markah. Begitu juga dengan lagu yang meraih tempat ketiga. Kalau kita lihat ada tujuh buah lagu yang mempunyai genre pop dan balada.

“Jadi kami barisan juri cuba mencari adakah kelainan lain yang dapat diangkat dan kita lihat naskhah yang dibawakan oleh lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos jadi pilihan.

“Selain itu, antara lagu yang turut mendapat markah yang paling hampir adalah Korban nyanyian Ernie dan Kembali Terang nyanyian Marsha Milan yang masing-masing berada di tempat keempat,” katanya ketika sidang media usai AJL 37, malam tadi.

@xtra_my Satu malam di Temasek! Power laaa Joe & Sona! Jangan lupa saksikan #AJL37 jam9 malam ini secara langsung di TV3 dan strim langsung HD hanya di Tonton. #AJL37 #dimensimuzik #alhaalfa ♬ original sound – XTRA

Dedah Mokhzani, susunan lagu Terus Hidup di AJL 37 yang dijayakan oleh Jenny Chin ‘berbahaya’ dan mampu menjerat Aina namun penyanyi itu sukses membawakannya dengan baik.

“Jika diteliti semula persembahan ‘live’ Aina menerusi Terus Hidup berbading versi rakaman, ada sedikit perbezaan. Apa yang digarap oleh Jenny dalam susunan lagu itu bukan mudah.

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: Dedikasi Persembahan Terus Hidup Untuk Arwah Bapa, Aina Abdul Dedah Makna Sebenar Disebalik Tema Kepulan Awan – “Sebenarnya Ada 3 Transisi Berbeza…”

ARTIKEL BERKAITAN: Mega! Persis Kepulan Awan, Busana Aina Abdul Buat Ramai Terkesima – “Semua Perfect!”

“Kalau disemak kembali bahagian akhir lagu yang dipersembahkan secara langsung, ada ‘progression chord’ yang boleh ‘menjerat’ Aina.

“Menariknya, bahagian ‘susah’ itu disampaikan Aina dengan baik. Jadi, juri sebulat suara meletakkan Aina sebagai juara AJL 37 tanpa menidakkan kekuatan lagu Semalam Di Temasek yang hadir dalam satu naskhah bersifat luar biasa,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Aug 2022

“Nak Protes? Seriously? Banyak Benda Lain Perlu…” – Nabila Huda Beri Respons Isu Halang Konsert Antarabangsa

Isu pergi konsert antarabangsa ni selalu jadi bualan netizen kan 😌 Apa pendapat korang?

Featured Fri, 25 Aug 2023

[VIDEO] Sharnaaz Ahmad Terbuka Tentang Poligami – “Dalam Al-Quran Lelaki Boleh Kahwin Empat”

‘Kalau isteri pertama boleh terima, kahwin.. Kalau tak boleh, cerai’ – Sharnaaz Ahmad

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Kontroversi Melibatkan Hubungan Lesbian, Reen Rahim Akui Sedang Hangat Bercinta

Sebelum ini ramai kata saya lesbian kerana mempunyai ramai kawan wanita ataupun rapat dengan sesama jenis. Jadi saya mahu jelaskan bahawa ia tidak betul

Hiburan Sun, 17 Dec 2017

Elak bercinta sesama artis, Amira pilih lelaki biasa

Amira, seboleh-bolehnya dia mahukan jejaka yang bukan dalam lapangan sama.

Trending Tue, 10 Jul 2018

Ombak Awan, Momen Aneh & Luar Biasa Kini Melanda Sabah

Ombak awan yang berlaku dikenali sebagai garis badai Borneo atau kumpulan ribut petir dan tidak membahayakan.

Featured Mon, 14 Oct 2024

“Risau Bila Rosyam Nor Nak Saman, Saya Ni Penakut Sikit” – Bell Ngasri

Sabarlah Bell… Nasib baik juga Datuk Rosyam Nor tahu awak tu bukan ‘dalang’ nya😎

Featured Wed, 5 Apr 2023
error: Content is protected !!