Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 22, 2025 @ 5:12pm

“Dia Tak Pinjam RM1.5 Juta” – Bonda Rozita Ibrahim Tampil Beri Penjelasan, Jernihkan Nama Rebecca

Usahawan terkenal, Bonda Rozita akhirnya tampil menepis dakwaan adik iparnya, aktres Rebecca Nur Al Islam meminjam wang berjumlah RM1.5 juta ringgit.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya,  ibu kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri ini berkata dia terpanggil untuk memberi penjelasan berkenaan bagi menjernihkan nama adik iparnya itu.

“Dia (Rebecca) tak ada meminjam wang RM1.5 juta. Saya tidak ada urusan perniagaan dengannya sebelum dan selepas kahwin dengan suami saya,” jelasnya.

Sebelum ini, Rebecca dalam satu kenyataan di Threads miliknya menafikan dakwaan dirinya berhubungan baik dengan Bonda Rozita kerana disyaki mahu meminjam wang sebanyak RM1.5 juta.

Rebecca menyifatkan tuduhan tersebut sangat melampau dan meminta kakak iparnya itu untuk membersihkan nama demi maruah keluarganya.

Sebelum ini, Rebecca tampil mempertahankan dirinya selepas didakwa cuba ‘menumpang glamor’ perkahwinan abangnya dengan Bonda Rozita Ibrahim dengan memuat naik pelbagai gambar dan video bersama pasangan tersebut.

Namun keadaan makin panas apabila Rebecca memuat naik rakaman suara seorang wanita yang dipercayai milik Shahida sendiri, yang dilihat sebagai individu yang membangkitkan isu berkenaan.

Tidak terhenti di situ, pelakon Keramat itu turut menghamburkan kata-kata tajam, menyifatkan individu yang membuat tuduhan itu sebagai ‘tidak punya akal’, sekaligus menghangatkan lagi konflik antara dua pihak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Jan 2025

[VIDEO] Raisuddin Ajar Talita Menyanyi Teknik Baring Sama Seperti Allahyarham Siti Sarah – “Mengimbau Balik Kenangan”

Raisuddin Hamzah sebak kenang memori mengajar Allahyarham Siti Sarah menyanyi duduk

Trending Thu, 9 Aug 2018

Untungnya Wanita Ini Punya Suami Yang Ikhlas Memperisteri Dan Menjaganya

Keagungan cinta pasangan suami isteri ini bukan lakonan layar kaca televisyen namun benar-benar wujud.

Trending Thu, 11 Jun 2020
Trending Wed, 6 Nov 2019
Trending Tue, 15 May 2018

露营远离人造光快速调生理时钟「灯」使人越来越晚睡

近几年来露营活动盛行,它除了能亲近大自然外,还能快速调节生理时钟,减少身体对人工光线的影响。

Hiburan Thu, 3 Aug 2023

Terima Kecaman Peluk Mimi Peri, Almy Nadia Tidak Rasa Buat Perkara Salah – “Saya Tak Nak Tambah Dosa…”

Kekadang kita buat sesuatu tu macam tanpa sedar kan.. Mungkin tak sengaja

error: Content is protected !!