Euforia Bola 2026
Acara By: Atiqah Johari November 26, 2022 @ 5:21pm

Tolak Ditemu Bual Media, Ismail Izzani ‘Angkat Kaki’ Lepas SFMM37

Baru-baru ini, tular di TikTok sebuah video yang memaparkan seorang lelaki mirip penyanyi Ismail Izzani sedang bercumbu dan berpelukan dengan wanita seksi di sebuah kelab malam.

Namun, Ismail Izzani, 22, enggan ditemu bual oleh pihak media selepas selesai melakukan persembahan bersama Naim Daniel di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 (SFMM37) menerusi lagu Habis Sini yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, petang tadi.

Memetik laporan BH Online, pelantun lagu Sabar itu dikhabarkan pulang seusai membuat persembahan pertama di SFMM37 itu.

Menerusi video tular berdurasi tujuh saat tersebut, sosok lelaki mirip Ismail yang dipercayai dalam keadaan mabuk itu merangkul tubuh seorang wanita seksi sambil mencium pada bahagian pipi dan leher wanita itu dengan ghairah.

Gara-gara video aksi panas itu, akaun Instagram Ismail Izzani yang juga merupakan anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam diserang warganet dengan meninggalkan komen kecaman dan kritikan terhadap perbuatan tidak senonoh itu.

Namun begitu, ini bukanlah kali pertama Ismail terpalit dengan kontroversi berpelukan di kelab hiburan malah sejak empat tahun lalu bersama seorang pelakon sensasi.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila timbul gosip yang mendakwa penyanyi remaja itu telah mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis akibat terlanjur, namun dakwaan tersebut dinafikan oleh ahli keluarganya dan menganggap tuduhan tersebut sebagai gosip liar.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Jan 2025
FESYEN Sat, 28 Sep 2019

Abby Minta Doakan ‘Baby D’

Doakan Abby Abadi dan Baby D ya?

Featured Thu, 28 Apr 2022

Meriahkan Aidilfitri Dengan 3 Buah Lagu Raya Serta Program Menarik Di Hot FM & Molek FM

Wah! Mesti gempak suasana raya kali ni dengan Hot FM & Molek FM 😍

Featured Tue, 13 Dec 2022

[VIDEO] Trending Di Twitter, Ramai Puas Hati ‘Ending’ Drama Rindu Kasih TV3 – “Suami Ugut Jatuh Talak, Isteri Terus Melangkah Jauh!”

Drama terbaik 2022! Tahniah Ummi Nazeera, Izzue Islam dan barisan pelakon hebat yang lain! Bengkak mata min tonton drama ni 😭😭😭 Ending memang superb!

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Maafkan Dia, Semua Orang Pasti Buat Silap – DSV

Buang yang keruh, ambil yang jernih ok?

Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Tue, 10 Mar 2026

“Saya Paling Pantang Bila Orang Salahkan Takdir” – Sarimah Ibrahim 

Pelakon dan penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim tampil berkongsi pandangan peribadinya mengenai sikap segelintir individu yang gemar menyalahkan takdir ketika berdepan situasi tertentu.

Trending Sun, 3 Jul 2022

“Dengar Macam Kelakar, Tapi Saya Serius” – Mudah Lupa, Nabila Huda Minta Tip Netizen Pulihkan Ingatan

Nabila Huda risau keadaan dirinya yang sering lupa, minta tip pulih ingatan dari netizen.

error: Content is protected !!