Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 2, 2025 @ 12:30pm

[VIDEO] Raisuddin Ajar Talita Menyanyi Teknik Baring Sama Seperti Allahyarham Siti Sarah – “Mengimbau Balik Kenangan”

Penyanyi veteran, Raisuddin Hamzah menyentuh hati ramai apabila berkongsi sebuah momen mengajar cucu perempuan sulungnya, Talita menyanyi menggunakan teknik sama seperti anaknya, Allahyarham Siti Sarah.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Talita yang sedang baring itu menyanyikan lagu berjudul Kekasih Bayangan milik penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan.

Akhir tahun dan awal tahun buat Dekta (panggilan Talita) dan keluarga. Atok bagi tau sedih dia bila dengar Dekta menyanyi kat bawah tu.

“Mengimbau balik kenangan atok mengajar ibu menyanyi. Daddy banyak support Dekta utk menanyi dgn bagus dan terbaik. Bukan senang utk pertama kali menyanyi sambil baring macam ni,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen turut meluahkan rasa sebak apabila mendengar nyanyian Talita yang persis allahyarham ibunya, Siti Sarah.

Sebelum ini, isteri Shuib iaitu Watie Hanifiah pernah mendedahkan azam 2025 Talita yang mahu bergelar penyanyi.

Artikel Berkaitan: Watie Dedah ‘Wishlist’ 2025 Dekta… Nak Masuk Kelas Vokal & Jadi Matured – “Kalau Masuk America’s Got Talent Mummy Bangga Tak?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Oct 2022

Video Selawat Depan KLCC Raih Pujian, Peminat Doakan Zizi Kirana Terus Istiqamah

Video alunan selawat Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 yang juga personaliti TV, Farhatul Fairuzah bersama penyanyi Zizi Kirana mendapat perhatian netizen. Menerusi video berdurasi 31 saat yang dikongsikan di Instagram, warganet dan rakan selebriti […]

Hiburan Tue, 5 Aug 2025

Rasa Tersisih Di Majlis Kawan Baik Sendiri, Uyaina Arshad Sedih Imbau Memori Pahit Tak Dapat ‘Memo’ Warna Baju

Uyaina Arshad imbau kisah tersisih dengan kawan baik tak dapat memo tema baju

Trending Fri, 3 Jan 2020

1月4日有流星雨!每小时预测可看到约120颗流星划过

没有看过「流星雨」的朋友注意啦!本周六(1月4日)将出现预计每小时120颗流星划过天际。

Trending Wed, 9 Oct 2019
Featured Sat, 5 Nov 2022

“Tak Gemar Anak Jadi Artis…” – Mustapha Kamal Berat Hati Nak Lepaskan Anak Berlakon

Pelakon Mustapha Kamal bimbang apabila anak gadisnya, Salsabil Qur’ani atau lebih mesra dipanggil Bil menyatakan hasrat mahu mengikut jejak langkahnya dalam dunia lakonan. Memetik laporan mStar, Mustapha tidak gemar melihat anaknya itu berlakon namun selepas […]

Featured Mon, 5 May 2025

Perkahwinan Hampir Tiga Tahun Terlerai, Mas Idayu & Suami Sah Cerai

Mas Idayu dan Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa sah bercerai.

error: Content is protected !!