Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 30, 2023 @ 1:22pm

[VIDEO] “Memang Cari Lelaki Poket Tebal…” – Serik Bela Biawak Hidup, Zarina Anjoulie Jawab Dakwaan Dah ‘Get Back’ Dengan Bekas Tunang

Pelakon, Zarina Anjouelie tidak menafikan dia mahu mencari lelaki kaya kerana tidak mahu lagi hidup dalam kesusahan ketika terpaksa membela lelaki spesis ‘biawak hidup’.

Menerusi hantaran di Instagram, Zarina atau lebih mesra disapa Anju tampil memberi respons terhadap gosip yang mendakwa dirinya sudah kembali menjalin cinta bersama bekas tunang, Datuk Seri Khazrul Ezley.

Jelas Anju, dia menyerahkan segalanya kepada takdir dan jodoh namun mengakui hubungan mereka semakin baik daripada sebelumnya. 

“Aku tak tahu apa pengakhiran dalam hubungan ini. Boleh jadi kami berbaik sebagai kawan saja, kita tengoklah. Pada akhirnya, kami berdua sedang cuba nak perbaiki diri sendiri.

“Kalau ada jodoh, ada. Kalau tak ada jodoh, tak ada. Saya tak tahu sama ada dia adalah Mr. Right untuk aku. Mungkin kali ini akan ok, atau messed up.. aku tak tahu,” ujarnya. 

Sementara itu, Anju menjawab kritikan netizen yang mendakwa dirinya hanya keluar dengan lelaki poket tebal atau kaya. 

Menurut Anju, dia sudah serik untuk hidup bersama lelaki biawak hidup yang hanya akan menyusahkan dirinya sahaja. 

Anju juga berharap orang ramai untuk menghormati keputusannya untuk keluar bersama lelaki berduit. 

“Ye, memang aku nak keluar dengan lelaki poket tebal. Aku dah tak nak keluar dengan lelaki miskin. Aku dah serik keluar dengan lelaki biawak hidup, tak nak lagi!

“Tolong hormat permintaan aku untuk keluar dengan lelaki berduit. I’m done dengan lelaki yang konon susah senang bersama semua. Berapa banyak yang susah senang dengan lelaki, bila dia dah senang dia tak cari perempuan lain?

“I love to get gifts from man. Jangan jadi hipokrit, siapa je yang tak suka dapat lelaki kaya. Aku dah tak nak hidup susah macam dulu. 

“Jangan la berlakon macam kau pun tak suka aku meroyan, nak tunggu drama-drama aku bila aku sedih. Tapi terima kasih pada setengah netizen yang ambil berat tentang aku, terima kasih.. aku terharu,” tuturnya lagi. 

Sebelum ini, hubungan antara Anju dan Khazrul mencuri perhatian selepas dilihat mesra keluar bersama meskipun telah putus tunang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Anjoulie Berjumpa Bekas Kekasih, Timbul Tanda Tanya Netizen: “Dah Getback Ke?”

Artikel Berkaitan: “Munafik, Penunggang Agama!” – Bengang Dituduh Perempuan Jahat, Zarina Anjoulie Dedah Sikap Bekas Tunang Acah ‘Terpaling Alim’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Oct 2025

Ardell Aryana Syukur Dapat Kafan & Tanam Kaki Ibu – “Wahai Kaki Ibuku Yang Banyak Berjasa..”

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana meluahkan rasa syukur selepas direzekikan untuk belajar dan menguruskan bahagian kaki ibunya, Sawiyah Abdullah yang terpaksa dipotong akibat komplikasi diabetes kronik.

Hiburan Thu, 27 Jul 2023
Trending Fri, 12 Apr 2024
Featured Thu, 16 Apr 2026

Syed Saddiq Didakwa DM Wanita Lain, Pengurus Peribadi Tampil Respons – “Nak Pisahkan Orang Dengan Cara Ni, Fikir Dalam-Dalam Bos”

Syed Saddiq didakwa saling berbalas mesej bersama wanita lain ketika sedang hangat bercinta bersama Bella Astillah.

Trending Mon, 25 Jan 2021
Trending Thu, 28 Dec 2023
Trending Thu, 19 May 2022

‘Vape’ Perisa Dadah, Lima Suspek Ditahan

Vape perisa dadah, lima individu ditahan.

Featured Wed, 7 Sep 2022
error: Content is protected !!