Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir May 19, 2022 @ 11:42pm

‘Vape’ Perisa Dadah, Lima Suspek Ditahan

Kegiatan sindiket menjual dan mengedar dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) di dalam perasa ‘vape’ atau rokok eletronik akhirnya terbongkar selepas penahanan lima individu dalam serbuan di sekitar Lembah Klang, kelmarin.

Menurut Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya menahan lelaki, 23, disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di kondominium di Jalan Kuching pada 6.40 petang.

“Hasil soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor, yang dipercayai dijadikan sebagai pusat memproses dadah.

“Dalam serbuan itu, kami menahan dua lelaki dan seorang remaja perempuan berusia antara 14 hingga 28 tahun.

“Remaja perempuan itu dipercayai teman wanita kepada salah seorang suspek lelaki berusia 25 tahun,” katanya.

Eng Lai berkata, siasatan lebih lanjut yang dilakukan membawa kepada penahanan seorang lagi suspek lelaki 34 tahun di kondominium di Jalan Cemur pada 11.30 malam tadi.

“Tangkapan itu dibuat selepas pihak polis mendapat maklumat daripada semua suspek yang ditahan berkaitan rakan mereka yang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar kawasan Dang Wangi.

“Secara keseluruhannya, kami berjaya merampas sebanyak 4,210 mililiter (ML) dadah sintetik jenis MDMA dan air ketum sebanyak 7,000 ML yang dianggarkan berjumlah RM210,570,” katanya.

Tambah beliau, aktiviti terbabit bermula daripada menjual dadah di dalam botol perisa ‘vape’ bersaiz 10 militer di Lembah Klang dan dipercayai aktif sejak tahun lalu.

“Siasatan lanjut dalam kes ini masih diteruskan bagi mengenal pasti suspek lain yang terbabit dan dari mana sumber bekalan diperolehi.

“Hasil tangkapan dan rampasan itu, kami berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Suspek yang ditahan direman selama tujuh hari bermula 18 hingga 24 Mei ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 16 Apr 2023
Featured Wed, 21 Apr 2021

Aiman Tino & Sufian Suhaimi Teruk Dipukul?

Nampaknya lakonan penyanyi Aiman Tino & Sufian Suhaimi drama Kampung Kolestrol semakin mendapat perhatian daripada para penonton. Terbaru, penyanyi dan pelakon, Ziana Zain sempat memuatnaik video penggambaran babak Drama Kampung Kolestrol namun apa yang mencuri […]

Featured Wed, 23 May 2018

Meghan Markle Tak Dapat Menahan Gelak Bila Seekor Lebah Menganggu Harry Berucap

Punyalah manis si pengantin baru, sampai lebah pun nak hinggap.

Hiburan Mon, 25 Mar 2019
Hiburan Wed, 11 Dec 2019
Trending Mon, 2 Aug 2021

“Kita Tengok Berapa Duit Yang Dia Ada” – Suami Lana Nodin Arahkan Peguam Hantar Surat Tuntutan Kepada Michael Ang

Suami kepada pelakon Lana Nodin, David Mckienzie sudah mengarahkan pihak peguam untuk menghantar surat tuntutan kepada pengarah Michael Ang. Surat tuntutan terbabit dihantar atas dakwaan pengarah itu mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya. Memetik laporan Harian […]

Filem Tue, 26 Jul 2022

Bakal Menemui Penonton 28 Julai Ini, Ini Fakta Menarik The Doll 3

Filem seram The Doll 3 akan mula ditayangkan pada 28 Julai 2022 di seluruh pawagam di Malaysia. Menariknya, filem tersebut menampilkan patung seram yang dihasilkan dengan menggunakan konsep animatronics. Penggunaan animatronics menjadikan patung lebih kelihatan […]

error: Content is protected !!